Jumaat, 30 Januari 2015

Pemuda itu Hebat ke?

Bismillahirrahmairrahim,

Terasa sudah lama jari jemari ini tidak menari-nari
di atas pentas papan kekunci ini sambil
mengikut rentak irama yang bermain di minda.

Alhamdulillah,
hari ini cik pah diberi peluang dan ruang
untuk berkongsi dengan anda semua
pengalaman sepanjang 2 hari
mengikuti Mega Outbox Malaysia 1.0

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Bersyukur kepada Allah yang telah memberi
kekuatan buat diri ini untuk terus melangkah menimba ilmu.
Banyak input menarik yang  telah di kongsikan oleh speaker yang sudah semestinya hebat.
Boleh dikatakan ini seminar yang pertama kali membuatkan cik pah
terasa diri ini terinspirasi berkali-kali , Allahu susah untuk digambarkan.

Moh le kita terus berlayar menelusuri setiap baris kata bagi mendapatkan konklusi yang gitu.



Eh eh eh sat cik pah
kami ni bukan faham mana pun.
sebelum cik pah bawak kami berlayar
teranglah sikit apa itu Outbox?

ohh ya hampir terlupa cik pah.

Apa itu Outbox?

Bak kata En. Afiq sazlan selaku pengarah program Mega Outbox 1.0
Anda pernah melihat kotak? Kotak ada berapa bucu?
Pasti ramai antara anda akan menjawab mengikut sekema jawapan bukan?

Ya Allah soalah darjah satu kot.
Takkakn tak tau kot brader?

Senang je jawapan dia , Kotak mestilah ada 8 bucu.
Tak caye? cuba kira.


OOoo..
Tahniah jawapan anda betul dan mengikut skema jawapan KPM.
tetapi jawapan anda salah sekiranya mengikut skema jawapan saya.

Kerana saya mendefinisikan kotak itu bukan seperti bentuk kotak yang biasa
Kotak itu boleh dipijak dan boleh direka mengikut kesukaan kita.
Itu definisi kotak saya.

wow hebat definisi syeikh !

Selesai isu Kotak atau Box.

Jadi OutBox adalah luar kotak kebiasaan.

wah wah wah  super dupper azzim :)

Untuk pengetahuan anda Mega Outbox 1.0 ini adalah
kerjasama OutBox Malaysia dan HAS ( Hammassah as-syabab)

Jika anda kurang arif siapa mereka sila bertanya kepada Inchik Google ya.

Haa..inilah buku smart yang kami dapat semasa kem OutBox :)


Okeyh cik pah kami dah faham sekarang
Jadi apa yang best sangat pengisian di sana tu?

Hari pertama kami disajikan dengan
pelbagai slot yang cik pah fikir ia sangat menarik.
Setiap slot akan disampaikan oleh 3 speaker yang berbeza.
Dan setiap 20 minit sepeker akan bertukar.

Untuk slot pertama yang diberi nama The Power Of Ilm



Oleh Ustaz Hasrizal

Melihat beliau berdiri di atas pentas, membuatkan mataku terpana seketika.
Yes, itulah penulis yang saya kagumi selama ini.

Di sini Ust hasrizal menekankan kepada anak muda supaya benar-benar mendalami ilmu.
Jangan pernah berhenti untuk menutut ilmu.
Apabila kita berilmu maka kita berhak untuk melontarkan cadangan
manakala jika kita kurang ilmu siapa yang ingin mendengar pandangan dari kita?.

Pesanan dari ayahanda "Perkara yang kita tidak tahu janganlah kita lari daripadanya sebaliknya carilah penyelesaian dari permasalahan tersebut"

Oleh Hilal Asyraf [Founder Of Langit ilahi]

suka untuk saya berkongsi dengan anda
apa yang telah di sampaikan oleh Hilal Asyraf kepada kami semua.
Apabila kita menguasai sesuatu ilmu ia memberikan kita TAHU tentang sesuatu.
Itulah kebebatan ILMU , ILMU memberikan kita TAHU.
Rajinkan diri dengan MEMBACA jika ingin TAHU.
Pemuda yang hebat adalah pemuda yang sentiasa ada perasaan ingin tahu dan rajin mengkaji.

Memetik kata-kata dari laman instagram Ustaz Hasrizal menegnai apa yang beliau peroleh dari sesi Hilal Asyraf

"Kamu mesti tahu sama ada kamu tahu atau kamu tidak tahu. Jika kamu tahu, kamu dapat hak untuk menjawab. Jika kamu tidak tahu, kamu tidak ada lesen untuk jawab dan tugas kamu ialah belajar supaya tahu."

Pesana dari akhi Hilal Asyraf :-

Untuk pergi ke level yang lebih tinggi kita perlu ada ILMU
Manfaatkan masa muda dengan rajin membaca , rajin mengembara dan rajin berkongsi.

Oleh En. ZulFikry Zamir [Pengasas TFTN] Teach For The Need


Beliau mengumpulkan sukarelawan yang bersedia
untuk membantu memberi kelas tambahan percuma kepada anak-anak yatim.
Sukarelawan ini akan bertindak sebagai ibu bapa kedua bagi anak yatim ini.
Mereka akan menyimak buku sekolah anak yatim ini dan
mengajar mereka apa p"elajaran yang mereka kurang faham disekolah.
TFTN telah mengadakan operasi pengajaran ke 20 buah rumah anak yatim.

En Zulfikry ada mengulas tentang metafizik kemahiran berfikir diatas berfikir dan membaca di atas membaca.

Pentingnya kita untuk memperbanyakkan bahan bacaan
agar kita mampu untuk mencapai tahap berfikir secara metafizik.

Pesanan En Zulfikry ialah sebelum kita ingin mengubah dunia
kita perlulah mengubah diri kita menjadi baik untuk menjadikan orang lain baik.


Seterusnya Slot yang Kedua ialah The Power Of Idea



Oleh Tuan Naim Jaafar[Pengasas Sekolah Bakat Foresight]

"Kita boleh travel merentasi zaman melalui buku ! ketamadunan bermula dengan idea"

"Idea membawa beberapa perkara iaitu nilai wawasan, fokus / fungsi , makna "

"Siapa yang nampak benda yang orang lain tak nampak mereka mampu mencapai benda yang mustahil"

Tuan Naim ada menyentuh tentang istilah 'lizard brain'.
Silakan saudara saudari untuk membaca lebih lanjut mengenai 'lizard brain' ini kerana dikhuatiri 'lizard brain' dalam diri kita sudah semakin membesar dan sihat!.



Oleh Saudari Mastura Mohd Rashid [Pengasas The Nasi Lemak Projek]

"Dua perkara yang  saya nak tekankan dekat sini.
Pertama, buat kerja CONTINUOUS. Bila tak continuous, yes, good feeling tu ada.
Ramai youth yang jadi volunteer HANYA untuk good feelings. Buat kerja berterusan.
Jangan stop.

Kedua, JUST DO IT. Persamaan orang yang berjaya adalah mereka ada idea dan, 
mereka BUAT."



Oleh Muharikah [Penulis]

"Kalau nak achieve the best dekat akhirat, kita mesti achieve the best dekat dunia! Perlu ada mentor, ilmu serta gol yang jelas."

"Kita khalifah dimuka bumi tiada masa untuk kita terus berada di comfort zone, keluarlah dan lakukan sesuatu yang memberi manfaat pada orang lain"


Seterusnya Slot ketiga The Power Of Media 


Oleh Nazirul Haziq [CEO Hamasah As-Syabab]

"Share vision kita dan dapatkan orang untuk menyokong vision kita.
 Sangat senang! Semudah share di Facebook."

Oleh Aiman Azlan

"Satu trend media Barat adalah mengangkat true inspirational stories. Jadi anda yang berminat dalam media, atau sesiapa sahaja yang ada kamera, dokumenkan kisah-kisah benar dari sekeliling anda yang akan memberi inspirasi kepada semua orang"

Trend pemikiran kita,

"Melihat seseorang yang berjaya seolah-olah mereka tidak pernah melalui sebarang cabaran dan kesukaran. Seolah-olah mereka lahir-lahir terus berjaya."

Oleh Ameen Misran

mendidik melalui puisi

"Wise men speak because they have something to says,       
      Fools because they have to say something"

Pemuda Tua by Ameen Misran

Pemuda,
Bukan pemuda,
Jikalau mereka,
Berjiwa Tua.

Terpenjara,
Dalam tubuh muda,
Masih terlena,
Tanpa cita-cita.

Mereka berambut hutam,
Mengapa selalu pitam?
Berperut boroi,
Bersemangat ceroi.

Jalan bertatih-tatih,
Menarik nafas letih,
Singkatnya stamina muda,
Persis usia senja.

Di muka buku,
Berani memberi komentar,
Disulami carutan tegar,
Seperti si tua nyanyuk,
Gagal berfikiran elok

Tidak mampu berlari jauh,
Kerna kaki sudah rapuh,
Namun jari jemari menari,
Berjuang tiada henti menjadi pahlawan papan kekunci.

Pemuda,
Bukan pemuda,
Jikalau mereka,
Masih di takuk lama.

Gagal belajar,
Mengambil iktibar,
Dari mereka yang terdahulu,
Perlunya bersatu.

Meraikan,
Khilaf pandangan,
Hanyalah angan-angan
Laungan penipuan.

Hari ini bertahalluf siyasi,
Esok bertahalluf basi,
Hari ini kita kawan,
Esok menjadi lawan.

Hari ini kita berjanji dengan emosi,
Esok bergelumang dengan korupsi,
kita ingin tuju satu wawasan,
Namun ditinggalkan pada papan.

Pemuda,
Bukan pemuda,
Jikalau mereka,
Gagal menjadi muda.

Berbicara dengan hujah,
Bukan dengan ludah,
Tidak kisah,
Mereka kata kita tanpa ijazah.

Tidak dibuai mimpi berjaya,
Tanpa usaha,
Berbicara,
Tanpa fakta.

Mengkritik,
Tanpa solusi,
Pabila dikritik,
Penuh emosi.

Matang pada usia,
Tidak bertaqlid buta,
Ikut kerna mengikut orang tua,
Membetulkan kesilapan mereka,
Bukan dengan mencaci mencerca.

Gemar berdiskusi,
Bermeditasi dalam intelektualiasasi,
Berfikir bukan pilihan,
Namun adalah keperluan,
Luas pembacaan,
Menjadi para ilmuaan,
Bukan berfalsafah diawanan,
Namun turun ke jalanan,
kritis dengan tindakkan,
Belajar dari tauladan,
Memenuhi peranan,
Menyantuni gelandangan,
Memberikan sesuap makanan,
Ilmu pengetahuan,
Kepada mereka yang memerlukan.

Pemuda,
Adalah pemuda,
Jikalau mereka,
Tidak berhasrat menjadi tua.


Slot keempat ialah The Power Of Art


Oleh Mustaqim Mahfar

"Jika kita yakin dengan Allah rezeki itu akan jadi milik kita"

"Perlu untuk sentiasa berfikiran positif agar setiap hari kita berjalan dengan aura positif yang kita keluarkan"

Oleh Tuan Irfan Foner [CEO Comichat]

"Masyarakat tidak pernah bencikan komik.Tapi sebaliknya komik tak pernah memahami masyarakat. Kebanyakkan komik hanya sekadar syok sendiri."

The power of Art - Understanding people

7 sebab mengapa kita mahu mereka berkarya

1) Masalah UMAT yang meruncing adalah masalah ANDA
2) Ada ilmu kongsi
3)Seni adalah medium terbaik
4)Karya bersifat mendidik
5)Permintaan tinggi
6)Pasaran mahukan mereka yang layak
7) Perlu memilih jalan

















Perkongsian Mega Outbox 1.0
30012015
4:13 PM
Jadilah pemuda yang berguna untuk ummah !












Sabtu, 30 Ogos 2014

Mendidik itu bukan sesuatu yang mudah !


 " Dalam tamaran sinar lampu minyak
     Dari kesabaranmu aku mengenal alif
       meski terbata-bata harus kulafazkan
       
Dari kebersahajaanmu aku mengenal alif
  sebagai langkah awal perjalanan
    Dari kebeningan jiwamu aku mengenal alif
       untuk bekal belajar memaknai kehidupan
       
Guru alifmu kini telah menghantarku untuk mengenal
Sang Maha Guru "

------------------------------------------

Alhamdulilah hari ni cik pah diberi kesempatan oleh-NYA
untuk kembali menulis setelah sekian lama 'keybord' ini berdebu..hehe

Guesst what?
Rasanya apa ye yang cik pah nak tulis hari ni?

"Oiii...cik pah hang nak didik siapa cik pah?? "

"Adalah, joyah cuba skroll mata sampai bawah..baca-baca jangan tak baca"

Alhamdulilah selama 4 bulan lalu
cik pah diberi kesempatan untuk merasai sendiri
bagaimana rutin seharian seorang yang bernama 'GURU'

Allahu kerja yang dahulunya cik pah rasa mudah
dengan hanya berkata

"Alah cikgu bukannya banyak kerja pun masuk kelas pastu keluar kelas"

"senang kan?? :P"

tetapi apabila pengalaman ini dirasai sendiri
jujur cik pah nak cakap tugasan yang digalas amatlah berat
sampai ada satu perasaan "susahnya nak bagi budak kecil ini memahami"
sampai ada satu hari cik pah rasa nak nangis dan rasa macam nak berhenti jadi cikgu

Tapi....tapi....

kini saya rasa profesyen ini sangat ohseemm !!!
super dupper ohsemm hokeyh :)

---------------------------------

Hari pertama cik pah menjejakkan kaki di bumi yang di beri nama "SKDI"
Perkara biasa yang akan dilalui oleh semua orang ialah perasaan 'ganjil'

"Ganjil??"
"Awatnya ganjil cik pah??"

apa tak nya tempat baru kita jejak
mesti ada perasaan tidak selesa? tidak familiar?

Orang kata kalau berat mulut sesat jalan? yeke?

Okeyh di sini cik pah telah diberi amanah untuk menjadi guru kelas kepada
si cilik '3 Arif' yang super duper banyak cakap.

Allahu susahnya nak mengajar mereka ni
macam- macam cara cik pah guna ,
pada mulanya untuk menyesuaikan diri dengan meraka
Alhamdulilah dengan bantuan Allah cik pah dapat menyesuaikan diri dgn mereka
kurang dari sebulan.

First time masuk kelas

-------------------

"Err...nak buat apa ni?"

"Okeyh semua murid duduk tempat masing-masing, siapa bising ustazah tak bagi kertas periksa"

teka apa yang mereka buat??

berjalan ke sana ke sini...

"Aisshhhh...budak-budak ni dengar ke tak apa yang cik pah cakap tadi nie"

okeyh hari pertama berjalan dengan agak hambar

-----------------

kemudian cik pah pun menutut ilmu dengan sifu tongga cik pah..hehe

iaitu ummie cik pah yang cantik :)

banyak ilmu bagi menarik perhatian kanak-kanak
yang ummie turunkan pada cik pah

Alhamdulilah berkat dari pertolongan ummie
kekreatifan yang terkubur dalam diri cik pah tersserlah kembali :)

Macam-macam aktiviti cik pah buat dengan kanak-kanak ni

"Jom main game nombor jawi"
"Jom nyanyi lagu nasyid dengan ustazah"
"Jom jawab lembaran kerja dengan kartun menarik dengan ustazah"
"Jom kita ingat sifir tajwid dengan ustazah"
"Jom dengar cerita kisah sirah nabi dengan ustazah"
"Jom kumpul jumlah bintang lembaran kerja siapa paling banyak :)"

kepala cik pah terus berputar dan berputar untuk mencari
solusi supaya murid-murid ini meminati setiap subjek yang cik pah ajar

dengan mengajar jugak cik pah banyak belajar
bagaimana untuk mencuri perhatian kanak-kanak

setiap hari cik pah akan pastikan kelas yang cik pah ajar
mesti besih sebelum mula mengajar
sebab apa?
sebab kalau kelas messy macam mana nak belajar dalam longgokan sampah tu?
sakit mata cik pah tengok

setiap hari mesti cik pah jadi tarzan dalam kelas 3 Arif tu

Apa taknye kene menjerit je, tak suka sebenarnye marah-marah ni

"3 Arif ni kelas ke junggle?? , ambil penyapu kemas kelas"
"siapa bawah lantai tempat duduk dia ustazah nampak sampah..siap dia nt" 
....buat muka garang sikit

satu perkara yang cik pah titik beratkan adalah
cara posisi berdiri dan menadah tangan ketika membaca doa
baca doa sebelum belajar tu penting !
sebab kita nak memahami ilmu Allah haruslah beradab :)

Lagi satu cik pah nak ingatkan pada mereka yang nak jadi cikgu

Kanak-kanak menerima arahan dengan apa yang mereka dengar
Jadi kalau nak bagi arahan kene bagi jelas jelas sikit
kerana neurons minda mereka sedang mengaksess data yang anda bagi
JIKA data yang anda beri kurang tepat maka hasilnya 'error'

okeyh cik pah bagi contoh

"Ustazah nak bawah meja semua tak ada sampah"

apa yang orang dewasa faham dengan ayat di atas?

kita faham yang tak ada sampah di bawah lantai

tapi ianya berbeza dengan kanak-kanak

pada ayat di atas kanak-kanak memahami yang kita sedang memberitahu pada mereka
bahawa supaya bawah kotak meja mereka tiada sampah

maka mereka pun dengan gembira menoggengkan meja mereka dan berseleraklah sampah
sarap yang entah berapa kurun lamanya di dalam kotak meja itu

"............see nampak tak? apa yang kanak-kanak fikir tak sama dengan orang dewasa fikir"


Alhamdulilah di akhir waktu cik pah mengajar
pada tarikh keramat ini 28 ogos 2014

cik pah berjaya memberi arahan kepada mereka
dan mereka berjaya menerima arahan dengan sempurna :)

"yeahhh......"

Alhamdulilah ya Allah

Ustazah doakan semua anak murid Ustazah berjaya dgn cemerlang di dunia dan akhirat.

Ustazah sayang awok semua 
Ustazah pasti rindu kenakalan kalian.






                           "sampaikanlah walau satu ayat"
                                                                                                                             11.10 AM                                                                                                                
31 OGOS 2014  
pengalaman itu  mendewasakan





Selasa, 17 Disember 2013

Mohon terasa! Bagunlah dari mimpi

"Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana
     kekayaan harus dijaga, sedangkan ilmu menjaga kamu"
                                                                    (saidina Ali Bin Abi Talib)




Duhai pembaca yang cik pah sayangi 
mesti semua terfikirkan kenapalah cik pah dok letak tajuk bombastik nie kan?

highlight sikit Mohon terasa ! Bagunlah dari mimpi  

"Haah la cik pah awatnya letak tajuk macam tu? tajuk nak gempak-gempak je cik pah nie!"
"Nak tahu kenapa cik pah letak tajuk nie?"
"Mestilah nak tahu cik pah, letak tajuk macam nieh ingatkan ada berita sensasi apa tadi"
"Owh hampa berita sensasi laju ja nak bacakan? 
Ok2 cik pah letak tajuk macam nieh sebab nak bagi 
hampa semua sila terasa, nak tahu dengan lebih lanjut 
sila rajin-rajin scroll mata anda sampai ke bawah ye..hehe"

Sekarang cik pah dah semester akhir ! yeaha dah nak abis la :)

soalan common yang cik pah selalu dengar :-

"wow tahun akhir bila nak kahwin?"
"Dah besar da bila nak kahwin?"
"rasa sekejap je masa berlalukan?"

pegi sana cakap pasal kahwin 
pegi sini cakap pasal kahwin 
pegi sinun pun cakap pasal kahwin
mana cik pah nak sorok nieh? Bawah tempurung ke?
ok2 cakap la pasal kahwin cik pah dengar.

Padangan personal cik pah la kan
Mungkin disebabkan dihadapan umur cik pah dah ada no 2+an nieh kan
that's why semua dok cakap pasal kahwin kot.
disini cik pah bertemu dengan minah and mamat extreem dok pung pang pung pang 
cakap pasal nak kahwin.

"Kejap-kejap cik pah, tak faham la cik pah asal tertibe terselit pasal kahwin pulak nieh?"

"...upss tersasul, motif cik pah sebenarnye lain"

okeyh2 berbalik kepada topik
semester nieh cik pah kena develop sistem yang relate dengan islam
Barulah cik pah tersedar amatlah payah nak relatekan sistem dengan islam

"kenapa cik pah cakap macam tuh?"

yelah apa taknya
cuba bayangkan tuan-tuan dan puan-puan 
kami-kami nieh kena master dalam kedua-dua bidang
mahir dalam IT plus mahir dalam agama
bukankah itu sesuatu yang susah?

tapi lecture cik pah kata  "kalau tak susah tak namanya ilmu" =.= terkesima sebentar.

"Nak tahu cik pah buat sistem apa?"

cik pah buat sistem pengiraan haid dan istihadah 
yang diberi nama "MISS(Menstruation Istihadah Software System)"
nak dijadikan cerita bermulalah operasi cik pah 
mengedarkan borang kaji selidik pada insan-insan yang bertuah.

Allah,Allah sedih cik pah bila lihat jawapan insan-insan bertuah ini.

Untuk yang menjawab dengan bersungguh-sungguh
TAHNIAH cik pah ucapkan, Alhamdulilah
Untuk yang menjawab dengan sambil lewa
TAKZIAH cik pah ucapkan, MasyaAllah

"ganasnye cik pah, kenapa takziah?"

sodeyh den tengok :'(

soalan paling senang dalam borang kaji selidik 
tuh pun ada insan yang tak boleh jawab.

Soalan :-
Berapakah waktu maksimum dan minimum seseorang wanita haid?

Jawapan insan terpilih :-

Maksimum 30 hari minimum 7 hari <--- ya Allah kesian wanita period maksimum 30 hari, logic kah?


Sesi mengedar borang kaji selidik

Perempuan yg comel :"Tolong jawab borang kaji selidik nie ya :)"
Lelaki melayu terakhir :"Dah-dah aku tak nak, yang istihadah-istihadah aku tak nak. Aku dah TERKENA dah"

Allah, Allah, Allah 

sapa yang nak kenakan sapa nieh?
cik pah tak bawak senapang nak tembak orang pun.

Dear lelaki yang sangatlah handsome lagi baik hati
dengar ye cik pah nak cakap nieh
bukak telinga besau-besau
kalau cik pah tanya soalan nie jawab tau, kalau malu nak jawab
jawab dalam hati pun boleh.cool tak cik pah?

"Suatu hari nanti korunk kena kahwin kan? akan kahwin kan?"

"So korunk akan kahwin dengan sapa? lelaki ke? perempuan?"

"Siapa yang lahirkan korunk dulu? ayah ke ibu?"

"kalau korunk kahwin nanti bila  isteri tanya macam mana nak kira darah istihadah, apa korunk nak jawab?"

" Siapa yang jadi ketua keluarga bila korunk dah kahwin nanti? Perempuan ke?"

----------------------------------------------------

setakat tu jelah soalan cik pah
nanti bagi banyak-banyak tak terjawab pulak.

Tak kisah la anda lelaki ke perempuan ke
tolong terasa ye
anda anda semua perlu tahu cara sebenar 
pengiraan haid dan istihadah yang telah digariskan oleh islam.
Jangan mengangap benda ini HAL KECIL
ianya melibatkan ibadah kita.
boleh jadi berdosa kalau buat don't know je.

Bagi bakal ketua keluarga yang gagah, pengemudi bahtera yang bijak
sedarlah ,terasalah dan  bagun la dari tidur anda.
Anda duk sibuk nak cari pasangan hidup la.
Nak cari tulang rusuk yang hilang la.
tapi cuba anda anda fikir sejauh mana anda faham tentang 'wanita'?
sejauh mana anda hadam tentang apa itu islam?
Berapa banyak program dakwah & islah yang anda telah lakukan?

cik pah harap korunk semua faham apa yang cik pah nak sampaikan
Bagi yang sudah terasa dan baru je terbagun dari mimpi
Alhamdulilah Allah masih mahu anda belajar dan terus belajar ilmuNYA
Untuk mendapat keterangan yang lebih lanjut tentang haid dan istihadah

boleh la merujuk kepada buku :-
1) Tufahtul ai'zza' ( Hadiah untuk insan yang istimewa)karangan Ustaz Mansoor al-hafiz .
2) Soal Jawab tentang darah haid dan Istihadah& Nifas keluaran (Intem) karangan Ustaz Mansoor al-hafiz.

InsyaAllah anda akan memahami tentang haid dan istihadah secara lebih mendalam.

Renung-renungkan dan selamat beramal !
Ilmu itu tidak datang bergolek berusahalah mencari ilmu :)
tak rugi seyy jadi orang berilmu.


Arifah Munirah Binti Zulkafli
3.30 P.M 
17122013
Jangan berhenti untuk menimba ilmu












Khamis, 10 Oktober 2013

Jatuh HATI@CINTA !!

"Apabila bercakap soal hidayah,
    ramai yang memilih untuk menunggu,
       walaupun sedar hidayah itu perlu dicari,
           bukannya jatuh ke riba."
                                                                                 

           "Tetapi apabila bercakap soal jodoh,
                      ramai yang memilih untuk berusaha keras mencarinya
                            walaupun sedar pada hakikatnya jodoh kita sudah ditentukan."




Ooo...hati jatuh gedebuk!
macam nangka busuk, adeh

"waduh2 gawat nieh kenapa bisa jadi begini sih?"

nina menampar mukanya

"biaq betui hang?"
"awat mamat ketot tuh jugak hang dok suka?"
"dah la tak smart lansung, ketot , hitam pulak tuh..pot pet pot pet"

upsss bila machine gun sudah memulakan tugasnya

mesti banyak diantara kita yang selalu berada di situasi diatas bukan?
dialog diatas pasti biasa di dendangkan mahupun dimulut
ataupun dicuping telinga kalian, betui dak?
awat cik pah cakap utara nieh?, sila tukar loghat anda duhai cik pah

siapa penah jatuh hati?
sila angkat tangan dan kaki anda?
ok cik pah nampak semangat korang angkat tangan tuh

kawan cik pah penah tanya

***

"Pah susahkan nak jaga hati? macam mana kalau kita tak nak buat hati kita jatuh@jatuh hati"

"Owh my dear sweet lolipop, jaga hati senang je daling you kuncilah hati you dengan mangga besi..hehe"

"Pah betul-betul lah serius nieh"

"Yupss my dear memang susah untuk jaga hati, hati adalah pengerak kepada semua tingkah laku yang kita lakukan dan iman dan taqwa pula adalah pegawas pada hati bukan kat sekolah je ada pengawas tau.Soalan ke 2 you tanya macam mana tak nak buat hati jatuh means jatuh hati ke?"

"haah jatuh hati"

"Owh, ok bagi cik pah hati berhak untuk menerima cinta sebab ianya fitrah tetapi tuntunlah cinta itu berlandaskan apa yang telah ditetapkan oleh Allah, cinta hingga kesyurga(bila dikatakan syurga mestilah semuanya perlu mengarah kepada kebaikan)"

"Owh macam tu ke pah, syukran ukhti :)"

****
bagi kaum hawa yang sungguh ayu,
tak lupa juga kaum adam yang gagah perkasa dan bijaksana,
tak salah untuk suka?
tapi fikir awak suka dia kerana apa ye?

"saya suka dia sebab dia sangat smart plus handsome plus alim lagi bijaksana
..pot pet pot pet"

"saya suka dia sebab dia cantik, ayu, comel, cute muslimah dan ........"

"okeyh cukup-cukup,cik pah tak larat nak dengar  list lelaki/perempuan idaman awak 
yang panjang menjela tuh."

"hati hati menjaga hati" bak kata kawan cik pah
tahu tak syaitan sering berusaha untuk menyesatkan anak adam
siapa anak adam?
kita semualah manusia kat muka bumi nieh.

jadi tetapkanlah secara jelas kenapa dan mengapa anda memilih 'si dia'
dan adakanlah perancangan yang rapi.
dapatkan restu kedua ibu bapa(abawaini).
cik pah tak cakap cinta tuh salah,
tetapi cinta itu tidak manis jika ianya tidak mendapat redha dari Allah

pesanan khas dari cik pah

"Ada orang minat sayalah cik pah, macam mana nieh?"
"Tapi saya couple cik pah, jadi saya jahat ke?"
"Kalau saya suka orang tuh? macam mana cik pah?"
"Tak de siapa pun minat saya cik pah, maksudnya saya tak payah kawin sampai tualah?"

upsss banyaknya soalan
wow! kalau bab cintan cintun nieh laju je mulut bertanya.

---
Bagi mereka yang ramai peminat@secrete admire
Panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana masih ada orang yang sudi sayang anda.
Alhamdulilah, tapi haruslah berhati-hati dalam menjaga hati.

"Macam mana kalau ada orang minat?"

Tanya dengan jelas orang yang minat awak tuh
tujuan sebenar dia, betul-betul minat ke atau suka-suka.
Becareful my dear hawa/adam, kalau si dia mempunyai matlamat yang jelas
buatlah keputusan yang jelas, dan bermunajatlah pada Allah memohon petunjukNYA.

Untuk si ramai peminat semoga anda berjaya dalam bermujahadah menjaga hati !

                                                                                                           ------------
Bagi yang sudah bercouple,
kembalilah ke pangkal jalan,
cik pah tak cakap couple tuh salah,
kalau dengan cara bercouple tuh boleh membawa ke syurga..silakan
kamu semua rasa boleh ke dengan bermesej siang malam pagi petang,bawa kamu ke syurga?
Kamu rasa boleh ke dengan pegang tangan, duduk rapat-rapat, bawa kamu ke syurga?

cuba duduk dan fikir apa yang cik pah katakan nieh.
Kalau kamu couple tak semestinya kamu jahat,
mungkin kamu kurang faham erti cinta yang sebenar,
atau kamu bercelaru dengan maksud cinta yang kamu faham.

Allah selalu menerima taubat hamba-hambanya.
Untuk yang tersedar dari mimpi,
sila tamatkan sandiwara cinta anda yang sememangnya tiada nilai di sisi Allah.
Cinta itu sebenarnya sangatlah murni, bukan diperlakukan cinta dengan perilaku yang membawa kepada zina dan perkara-perkara yang sia-sia.

Tinggalkan couple dan terus bersedia kearah yang lebih jelas.
Minta restu ibu bapa dan dirikanlah rumah tangga itulah yang sebaik-baiknya.

"Wahai pemuda, siapa sahaja diantara kamu yang telah mampu utntuk kahwin,
maka hendaklah dia menikah, kerana dengan menikah itu lebih dapat menundukkan
pandangan dan lebih menjaga kemaluan.Dan barang siapa yang belum mampu,
maka hendaklah dia berpuasa, kerana sesungguhnya puasa itu bloleh menjadi perisai baginya"

(HR. Bukhari Muslim)

Bagi yang sudah ada matlamat yang jelas ini,
Adakan lah persiapan yang rapi dari segi kewangan, diri dan lain-lain.
Bagi 'si boros' berjinak-jinaklah untuk mengumpul duit.
Duit adalah sesuatu yang sangat penting pada dunia masa kini
almaklumlah minyak naik 50 sen.

Untuk yang sedang bercouple atau akan bercouple cik pah doakan agar korunk
batalkan niat korunk untuk buang masa tambah dosa dan terus kepada yang lebih serius plus grab pahala sebanyak mungkin..amin .


                                                                                                                                ----------

Kepada yang sedang jatuh hati, sudah jatuh hati, akan jatuh hati
anda harus hargai moment nieh kerana anda ada fitrah mencintai dan dicintai
Tetapi AWAS !!
sila berhati-hati dalam mengatur langkah anda
Kalau kamu suka seseorang tuh,
tetapkan dalam hati secara jelas "saya akan bawa dia kesyurga"
Tetapi amaran KERAS, jangan terlalu excited terus pegi luahkan hasrat hati anda pada 'si dia'
Salurkanlah pada speaker yang betul, gunalah orang tengah.
Orang tengah bukan sebarangan orang tengah ye!

CIRI :-

Pilihlah orang yang boleh dipercayai,
untuk yang muslimat pilihlah kakak,adik,kenalan perempuan yang bpleh dipercayai
untuk yang muslimin pilihlah abang,adik, kenalan lelaki yang boleh dipercayai
untuk yang memilih kenalan sebagai wasilah silalah hubungkan kenalan anda dengan
kenalan muslimin/mat yang ada 'suka'
kiranya si penyampai untuk muslimin(kenalan) kepada kenalan muslimat dan disampaikan
kepada si dia, begitu juga sebaliknya.
si penyampai haruslah amanah dan berkata yang benar tentang apa yang disampaikan.


okeyh kalau sudah ada keputusan
atau senang cerita dua-dua ada perasaan
Alhamdulilah
Next step musyawarrah untuk masa depan
Dari segi kewangan :-
Mas kahwin,Majlis kahwin,rumah,dan lain-lain
Dari segi persiapan diri :-
Harus bersedia fizikal dan mental
Dari segi apa yang akan terjadi 5 tahun akan datang
lakukan PERINCIAN tentang perjalanan kehidupan anda.

Untuk yang sedang jatuh cinta cik pah doakan hasrat hati anda diterima oleh si pemilik hati
disamping itu diredhai oleh Allah swt.

Psss....nanti kahwin jangan lupa ajak cik pah..hehe
                                                                                                                             --------------

Untuk mereka yang rasa dirinya tiada peminat,

"Engkau cantik/handsome untuglah ramai peminat"
"Hodoh ke aku tak de orang pun minat"

Bersyukurlah duhai sahabat kerana kamu tiada peminat,
Allah sentiasa aturkan sesuatu itu pasti yang terbaik untukmu

"Cik pah kata terbaik tak de orang suka??"

Ialah mestilah terbaik,
sebab apa cik pah kata terbaik?
sebab Allah tak rasa kamu bersedia untuk memikulnya,
Lagipun ianya adalah satu GANJARAN buat  kamu
untuk lebih medekatkan diri dengan Allah
dan kamu tidak terlibat dengan perkara-perkara mungkar
yang jelas lagi bersuluh di dalam al-Quran Allah melarangnya.
Ucapkanlah Alhamdulilah kerana Tabung akhirat kamu bertamabah
dengan coin-coin kebaikan yang kamu kumpul.

"Yeah tabung penuh!!"

Untuk yang tiada peminat bersyukrlah dengan bertahmid kepada Allah dan berdoalah kepada Allah dikurniakan seseorang pendamping yang baik buat kamu kelak.

Rabbana hablana min azwajina wazuriatina quratul a'yun wajaa'lna lil mutaqinna imama

"Wahai tuhan kami,anugerah kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa"

                                                                                                                                          (al-furqan : 74)
-----------

Pesanan dari penaja hati-hati menjaga hati !


                     "Allah has already written the names of you spouses for you
                          what you need to work on is
                                      your relationship with Allah swt
                                                       He will send her/him to you
                                                                     when we are got ready
                                                                              it is only a metter of time "


                                                                                                   Arifah Munirah Zulkafli
                                                                                                             11102013
                                                                                                            12:32 PM
                                                                                                  'Bercinta hingga kesyurga'








Selasa, 8 Oktober 2013

Tarbiyyah from Allah like a Colorful Rainbow

" Tatkala dia mendatangkan UJIAN pandanglah dengan pandangan IMAN
        Disaat dia mengirimi musibah hadapilah dengan hati yang TABAH
             Dikala dia mengutuskan sesuatu belajarlah untuk berjiwa HAMBA"
                                         
                                                    ***


Alhamdulilah berakhir sudah semester lima
pejam celik pejam celik berbaki lagi satu semester di bumi UNiSZA ini
pelbagai liku-liku kehidupan dirasai bersama sepanjang perkenalan.

Alhamdulilah Allah hadirkan pada diri ini
sahabat yang sentiasa memahami
sahabat yang berada di sisi dikala suka dan duka
sahabat yang tak pernah kenal erti penat dalam mendidik diri ini
terima kasih kerana sudi untuk menjadi sahabat 'cik pah' yang ting tong nieh
terus terang saya katakan amatlah susah untuk saya cari sahabat sebaik dan sesempurna kamu
terima kasih ya Allah atas ukhuwah yang kau berikan berpaksikan kasih sayang Mu.

Tahun ini Allah berikan ujian
untuk mentarbiyyah diri menjadi seorang yang kuat
dan sentiasa bergantung harapan padaNYA sang pencipta "hasbunallah hanemak wakeel"
mengajar saya erti kehidupan yang sebenar

"kau tak dapat asrama? kesiannya buat la rayuan"
"kenapa tak dapat asrama? merit berapa?"
"Kesiannya tak dapat asrama, habis tu duduk luar la ye?"
"Buatla rayuan asrama, itu hak kita!!"

ooppsss!

bertalu-talu soalan diajukan,
jap cik pah nak tarik nafas jawab semua soalan tu ya.
tetapi diri ini masih memikirkan kebaikan disebalik ujian yang hadir ini.

monolog diri

**
keep calm dear,
tak pe tak dapat asrama pun,
Allahkan tahu apa yang terbaik,
Allah tak pernah bagi sesuatu luar kemapuan seseorang tu,
mungkin Allah rasa kau mampu untuk hadapi semua nieh

**
cuba untuk memujuk diri
dengan harapan seribu satu hikmah akan menyusul

dalam storage memory kepala

***
Ya Allah nak buat apa lepas nie?
Buat rayuan permohonan asrama?
kalau tak dapat?
Cari rumah sewa kosong?
habis tu nak pegi kuliah naik apa?
maksudnya sem nieh kene jimat duit.
ya Allah susahnya.

**
bisikan diri
--
Haaa..tulah tak pernah SUSAH
jadi bila susah sikit manjang mengeluh ja.
First step buat la rayuan asrama, dapat tak dapat belakang kira
Then make effort untuk cari rumah sewa yang sesuai <-- usaha sikit jangan mengharap je
Jimat duit? haruslah berjimat walau dalam apa keadaan sekalipun.

                                                                                                ---

lepas tuh cik pah pun mengagahkan diri
untuk menulis surat rayuan permohonan asrama.
Macam mana ye format surat rasmi? time-time nieh pulak lupa, hehe.
walau macam mana pun kita mana boleh duduk diam,
'buat surat' pun satu usaha kan?
Allah suruh kita berusaha sebelum bertawakal kepadaNYA.

sepanjang tunggu surat rayuan permohonan keluar,
cik pah and buddies try jugak cari rumah sewa yang sudi menerima diri ini
Alhamdulilah empat buah rumah cik pah lawati untuk buat sedikit inspection.

empat buah rumah? wow banyak tu.

situasi

-------
Rumah 1

Rumah banglo besar sangat,
ada banyak bilik,
btw sangat dekat dengan Universiti
tapi kondisi rumah sangat kotor dan bersepah plus lalang yang sangat tinggi
dan bahaya sebab semak samun yang sangat tebal
and menurut cerita jiran belakang rumah.

"Dik nak masuk rumah nie ke? , hati-hati dik haritu rumah pakcik masuk ular"
"Upss!! ular ya Allah"
"Nampak gayanya lebih banyak mudarat daripada kebaikan nieh"

rumah 1 cancel (X)

Rumah 2

Rumah perumahan yang sederhana
Tp rumah tuh devide by 2.
kiranya rumah yang telah di ubah suai.
boleh masuk 4 orang tapi tak berapa nak selesa.

"Bulan-bulan sewa Rm700 ye dik, fully furnish :)"
"Owh 700 ya pakcik"

sambil pandang kearah sahabat, "Mahalnya tapi sempit, tak berbalaoi rasanya".

"Maaf pakcik, terima kasih nanti kalau kami berminat kami call pakcik ya"

rumah 2 cancel (X)

Rumah 3

Rumah dekat dengan pantai,
fully furnish..tapi sangat jauh dengan universiti
alhamdulilah selesa.
tapi sebab jauh dari universiti
dan tak de kenderaan

rumah 3 cancel (X)

Rumah 4

Rumah teres semi-D
dekat dengan Universiti
sangat-sangat selesa
kelengkapan yang mencukupi

Rumah 4 Confirm  ( / )

Alhamdulilah jumpa jugak rumah yang sesuai
Tunggu punya tunggu permohonan rayuan asrama.
Selesai jugak bab cari rumah.

Hari yang dinanti,
Ya Allah berdebar-debar rasanya nak check permohonan rayuan.
Nie baru nak check permohonan rayuan dah berdebar-debar
Masa kat padang mahsyar nanti berdebar-debar tak nak tahu keputusan
dapat masuk syurga atau tak? , Ya Allah.
muhasabah sebentar ~

cik pah melangkah dengan pasti
untuk semak permohonan rayuan tuh

Dalam hati

"Ya Allah apa jua keputusan yang kau berikan hamba mu 
redha kerana aku pasti kau lebih tahu apa yang terbaik untukku"

Hasil semakkan

"Permohonan Anda tidak berjaya"

Alhamduliah tahu juga keputusan yang dinanti
Senyum lebar terukir  dibibir walaupun tertera di skrin "Permohonan anda tidak berjaya"
Bak kata lagu Unic " Hakikat bahagia adalah ketenagan"

monolog diri

**

Ya Allah cik pah
kau tak dapat asrama,
tak pe my dear sweet heart
jangan risau di setiap kesusahan pasti ada kesenangan
jangan cepat untuk label 'Duduk luar susah'
tiada istilah susah kalau tak cuba
InsyaAllah semuanya pasti akan MUDAH

****

Bedasarkan SELECT yang telah cik pah buat,
rumah 4 tetap bertakhta dihati.

Jadinya bermulalah kisah hidup kami di luar
Alhamduliah walaupun ianya terselit suka dan duka
tetapi ianya menjadi titik tolak permulaan hidup kami
semua perkara yang dikatakan TIDAK BOLEH
sebenarnya BOLEH dilakulan.

"cik pah jalan kaki pegi kuliah"
"percaya ke tak, kene percaya jugak"
"Alhamduliah Allah kurniakan kudrat(kaki) untuk melangkah ke kuliah setiap hari"
"cik pah bersyukur sangat ada kaki, kamu semua bersyukur tak?"
"Jalan kaki boleh sihat tau qayyimul jismi (sihat tubuh badan)"
"Terlaksana jugak satu dari checklist 10 muwasaffat tarbiyyah, alhamdulilah"

Alhamdulilah sehingga kini,
diri ini memanjatkan kesyukuran kepada Allah
kerana masih sudi untuk memberi tarbiyyah pada diri ini
dan memberi tunjuk ajar kepada diri ini untuk menjadi
Hamba yang sentiasa bersyukur dengan pemberiaanya.

-------
Apabila kesusahan menerpa diri dan  kesusahan bertindih-tindih menghimpitmu,
ucapkanlah lailaha illallah tiada tuhan selain Allah.

Dan (ingatlah) ketika tuhanmu memberitahu :
"Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya aku 
akan tambahkan nikmatku kepada kamu, dan demi
sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya
azabku amatlah keras".

                                                  (surah ibrahim: 7)


Jadilah hamba yang bersyukur dengan pemberiannya!
InsyaAllah sama-sama muhasabah diri.












Arifah Munirah Zulkafli
9 oktober 2013
Jadilah hamba yg
sentiasa BERSYUKUR

Jumaat, 15 Jun 2012

" Zauj Contoh "

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian..
Diharap semuanya sihat di bawah naugannya...
Dihari yang cerah ini dengan hati yang rasa seperti berbunga-bunga
Air terjun yan kelihatan seperti melompat-lompat kegembiraan
Mata seperti melihat dunia berubah menjadi merah jambu ( aik asal jambu sangat nieh? )
Wah ! , apakah ini?

cuba tebak entry kali ini berkisarkan tentang apa ya??  <--- kenapa seperti minah indon nieh? waduh3 gawat nieh !


hehe, saya di sini bukan untuk menceritakan kisah cinta saya seperti 'Romeo and Juliet'
Belum masanya otak saya perlu memikirkan hal seperti ini, masih banyak komitmen dan tanggungjawab
yang harus saya jalankan.

Di sini segan untuk saya katakan saya rindu murrabi yang banyak mengajar dalam liku-liku hidup seharian
Di mana kedatangannya membawa sinar baru dalam islam ^_^
Ya, sememangnya saya kerdil dan berdosa terasa hina
walaupun sekadar untuk memujimu wahai kekasih Allah
Sinar peribadimu terlalu agung untuk di pantulakan pada cermin hatiku

Ku titipkan seuntai selawat , dan kutitipkan karyaku untuk menjadi teladan pada semua suami di luar sana
Sesungguhnya peribadimu adalah agung dan sesungguhnya kau adalah suami yang harus di contohi
Ya, RASULULLAH

Sesungguhnya Rasullulah adalah Roll Model yang terbaik yang harus kita contohi
Hebatnya rasul ketika mana pada zaman jahiliyyah, wanita tidak mendapat tempat dan di bunuh hidup-hidup
sewenang-wenangnya wanita menjadi barang dagangan dan wanita di lacurkan.
Baginda mengangkat martabat wanita dijulang ke tempat yang mulia.
wanita di hormati, di pelihara dan tidak di sakiti
Baginda menegaskan syurga di bawah telapak kaki ibu, doa ibu lebih mustajab, tiga kali kasih kepada ibu berbanding ayah.

Rasulullah juga memiliki sifat 'Romantik'
Di mana ketika Baginda berlari-lari dengan Humaira' . Berlumba penuh ceria malam itu di padang pasir yang dingin.Malam menjadi saksi ketika kau kalahkan dia dalam senyum tawamu. "inilah balasan yang dulu", ujarmu sambil tersenyum mengenang nostalgia ketika kau di kalahkan olehnya pada awal perkahwinanmu.

Pada ketika tertentu, kau jahit sepatumu yang robek dan bajumu yang koyak.Ah, tidak dapat di bayangkan
betapa Rasul pilihan itu mejadi luar biasa apabila membuat kerja-kerja biasa.Kerja yang tidak mungkin dilakukan oleh seorang presiden ataupun raja.Selalu kau mengingatkan dirimu kau anak yatim.Kau juga besederhana dalam sesuatu.

Besederhananya baginda, pada awal pagi kau bertanyakan kepada isteri, "Adakah apa-apa makanan pada hari ini?" dan isteri baginda memberitahu tidak ada apa-apa yang boleh dimasak,dan dengan senang hati baginda menjawab , hari ini kita berpuasa.Syukur ketika berbuka sabar ketika berpuasa! . Hebat sungguh kekasih Allah.

Dan ketika kau lewat pulang dan malam bertandang, dan kau hamparkan kain ridakmu dihadapan pintu, lalu kau tidur dihadapan pintu semalaman.Justeru , tidak mahu mengejutkan isterimu yang telah lena.Kau sentiasa aman dan memberi keamanan.Esoknya ketika isterimu memohon maaf dan menyatakan kesalahan. Kau hanya tersenyum dengan senyuman yang paling menawan tanpa ada sedikit rasa marah ataupun terkilan. Mulianya peribadimu duhai kekasih Allah.

Apabila kita layari kisah kekasih Allah ini, semamangnya ianya sungguh sempurna.
Tetapi sedih jika dibandingkan dengan fenomena yang berlaku pada zaman sekarang.
Di mana seorang zauj yang selalu memberi perlindungan?
Di mana seorang zauj yang romantik?
Di mana seorang zauj yang penuh dengan kesabaran dan kasihnya terhadap perempuan?
Di mana seorang zauj yang sentiasa memahami?

Jika dibandingkan dengan peribadi kekasih Allah dengan syabab/zauj zaman sekarang ianya sungguh
jauh berbeza "bagaikan langit dan bumi", mungkin ada tapi ianya dalam kalangan minoriti.
Wanita sekarang tidak diperlakukan seperti yang Rasullulah ajarkan, wanita di sakiti hanya kerana cemburu?
apakah wajar perkara sebegini berlaku? tepuk dada tanya diri.

Bayangkan, lumrahnya adam jika mahu sesuatu akan terus berusaha untuk mendapatkannya,
tetapi apabila apa yang dikehendaki itu tertunai ianya bagai tidak dihargai.
Zauj-zauj di luar sana cuba untuk memahami dan belajarlah untuk menghargai.
As sakinah pasti mewarnai hidupmu.

Setuju atau tidak kalau saya katakan seorang zauj akan lumpuh jika tiada zaujahnya disisi?
mengapa dan kenapa saya kata begitu?

Ini kerana tugas memasak, membasuh, mengemas rumah ,menjahit, menjaga anak,
mengurus kewangan rumah disandarkan pada zaujah.
Ianya lebih manis jika tanggung jawab ini di pikul bersama?

Situasi di mana seorang suami terpaksa untuk menjahit seluarnya yang koyak, kerana isterinya di timpa demam panas.

Ianya nampak mudah,
Alaahh hanya menjahit seluar, aku pon pandailah senang je kot.
Tetapi apa yang terjadi? 5 minit kemudian
Monolog suami didalam hati "Bagaimana isteriku berjaya untuk menjahit baju kurung,baju melayu untuk anak-anakku , sedangkan aku inigin memasukkan benang ke dalam jarum pon berjam-jam"

benda yang simple tetapi bukan semua antara zauj/syabab di luar sana mampu untuk melakukannya.

Sedih seribu kali sedih, apabila melihat delima wanita yang mempunyai zauj-zauj yang garang seperti SINGA
hanya keran makanan lambat terhidang di atas meja. Zauj-zauj sekalian cuba kenal erti sabar dan belajar untuk tolak ansur dan memahami, sentiasa berfikiran positif. Mungkin zaujah anda kepenatan atau ada kemaslahatan lain, apa salahnya ringan-ringankan tulang untuk membantu, itu pentingnya seorang zauj yang pandai masak, jika tiada Masterchef boleh dia mengantikan posisi masterchef ^_^ ! kan superb !!

Fenomena sekarang apabila seorang zaujah lambat membuka pintu apabila zaujnya pulang dari kerja,
si zauj mengetuk pintu bagaikan ANAK GAJAH yang sedang mengetuk pintu
bertapa kuatnya pintu itu diketuk.
Apasalahnya bersabar sedikit. Rasulullah rela tidur hanya beralaskan kain ridaknya hanya
kerana tidak mahu mengejutkan isterinya. Ya Allah mulianya budi pekerti Rasulullah.

Akhir kata, saya menulis hanya untuk membuka mata para zauj di luar sana atau bakal zauj di luar sana.
Bukan saya menulis untuk membanding kelemahan atau kekurangan tapi contohilah Rasulullah s.w.t.

Ya Allah, benar-benar hebat kekasihmu Rasullulah, bukan sahaja atas keunggulannya mentabir dan mengurus negara, tetapi mengurus hal-hal remeh dalam rumah tangga. Rasulullah telah membuat kerja-kerja
kecil dengan jiwa yang besar.Tanpa mengira tempat , masa dan siapa baginda. Hakikat itu mengigatkan saya pada ungkapan ini :

  "Show me a man who cannot bother to do littel things and I'll show you a man who cannot be trusted to do big things."

Kaulah insan terbaik melayan wanita. Dengan kerendahan hati, dengan keterbukaan fikiran, dengan kelembutan perasaan, kau luruskan wanita bagaikan "tulang rusuk" yang bengkok. Terlalu seni, tanpa calar,
tanpa gurisan. Benarlah, a great man always willing to be little!


Sekian , Ma' Assalam wailaliqa ^_^









Selasa, 8 Mei 2012

Atasi MENGANTUK ketika BELAJAR

Bismillahirahmanirahim ,Assalamualaikum wbt,semua para pembaca yang budiman
sebagai pembuka bicara madah kita pada kali ini..
di harap anda semua sentiasa berada dalam keadaan sihat sentiasa di bawah naungan ilahi ^^.
suka untuk ifa berkongsi atau bercerita tentang satu fenomena yang ifa rasakan  ianya amat menghantui 
semua dari kalangan mereka yang berada di luar sana tak kira yang bergelar pelajar mahupun mahasiswa.

Ramai yang menyalahkan buku dengan mengatakan ia bosan.Ifa teringat suasana sewaktu di sekolah, dek kerana ifa adalah seorang pelajar yang kurang minat dalam mata pelajaran sejarah jadi waktu matapelajara inilah waktu yang ifa paling kerap ifa untuk tidur, atas alasan subjek ini BOSAN.Sahabat-sahabat jangan ikut perangai buruk ifa ini ya.Ada juga antara kita yang menyalahkan suasana bilik yang terlalu sejuk atau amat panas.Tidak kurang juga yang menuding jari pada guru,kononnya tidak bijak mencungkil minat untuk kita
belajar.Apa pun alasan sahabat-sahabat,masalah mengantuk ini mesti diatasi.Jika tidak,apa yang ditelaah pasti tidak diperoleh,sia-sia segala maklumat dan pasti kita tidak beroleh manfaat.


anda pernah berkelakuan seperti ini? HODOHNYA !!


Jadi sekarang ifa ingin mulakan dengan SEBAB utama anda MENGANTUK !

1) Makan terlalu banyak sebelum belajar

Betul, makan membekalkan tenaga.Tetapi makanan yang terlalu banyak bakal menghabiskan tenaga kita di otak dek kerana badan kita menumpukan kepada proses penghadaman makanan tersebut.Dengan kata lain,
andai sahabat-sahabat makan berlebihan sebelum belajar,minda anda tidak akan dapat bersedia untuk belajar dan ini akan menyebabkan anda mengantuk.Jadi makanlah sebelum lapar behenti sebelum kenyang.
Ambilah kuantiti makanan yang sedikit tetapi mencukupi untuk keperluan harian anda.

2) Tidur yang tidak cukup

Semua orang tahu tentang hal ini tetapi ramai yang tidak ambil peduli.Ramai antara kita yang suka belajar sehingga larut malam dengan alasan untuk belajar dengan penuh tekun dan fokus.Katanya suasana malam sepi dan tiada makhluk yang akan menganggu.Akhirnya apa yang terjadi pada hari esok? , hari esok menjadi huru hara.Mana tidaknya.solat subuh terlewat,terpaksa pula bergegas untuk bersiap ke sekolah/kuliah , suasana pagi yang tenang bertukar menjadi kelam kabut dan akhirnya hari anda bermula dengan perasaan negatif.Tekanan menghodohkan semangat juang anda.Tidak cukup dengan itu, apabila anda mula menghadap buku anda mulalah mengantuk!.

3) Tidur yang tidak cukup-cukup ( Terlebih tidur)

Fenomena ini agak pelik tetapi ramai antara kita yang terjebak dengan masalah ini.Asal ada masa terluang sahaja , mesti hendak tidur.Fenomena ini banyak berlaku pada mereka yang tinggal di asrama, tidak semestinya mereka yang tidak tinggal di asrama terkecuali.Kebiasaannya, mereka yang berada di asrama apabila pulang bercuti di rumah mereka pasti akan melazimi diri mereka dengan tidur, katanya kehidupan harian di asrama amat memenatkan dan meletihkan.Betul ke? tepuk dada tanya diri.Dan lebih syahdunya, apabila ada yang mengunakan alasan untuk 'khailulah' (tidur sebentar sebelum zohor).Malangnya dia berkhailulah senhingga sampai ke lewat Asar! . Ini menyebabkan kitaran waktu rehat dalam tubuh menjadi keliru.Akibatnya sahabat-sahabat akan mengantuk tanpa mengikut waktu, apatah lagi tatkala mata menghadap buku!

Baiklah sekarang kita sudah mengenal, punca utama mengapa kita mudah mengantuk.
sekarang mari ikut ifa kita selami bagaimana kaedah terbaik untuk mengatasi mengantuk ketika belajar.
Suka untuk ifa berkongsi beberapa tips dengan kalian semua.

1) Makan sekadar keperluan

Asalkan anda makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang, insyaAllah sunnah Nabi ini bakal membantu sahabat-sahabat memberikan fokus terbaik ketika belajar.Sebagai peringatan,jangan ambil ASAM atau JERUK menjadi peneman anda dalam memerangi mengantuk.Walaupun anda rasa kurang mengantuk dengan adanya asam atau jeruk,anda sebenarnya sedang mengurangkan juga kekuatan memori dan daya fikir anda!

2 ) Jaga masa tidur

Allah menciptakan tidur untuk anda merehatkan badan.Maka apabila sampai masa untuk tidur,tidurlah dengan selesa.Jangan terlebih ataupu terkurang.Pelajar yang cemerlang tidur 6 hingga 8 jam sehari.Usah bersengkang mata dengan alasan untuk belajar kerana waktu sebegitu , anda sebenarnya memerlukan rehat yang secukupnya untuk hari esok yang lebih positif dan bersemangat.Takut nanti anda bukan membaca buku ,tetapi sekadar melihat buku sahaja!

3)Tidur apabila terlalu mengantuk

Apabila anda mengantuk kerana terlalu kepenatan melakukan sesuatu , maka tidurlah sebelum anda duduk di meja studi.Cuma bagi yang mengantuk tanpa alasan yang kukuh,apa kata cuba kaedah ini.Anda tidur tapi tidak perlu untuk baring.Anda sekadar tidur menongkat dagu di meja studi.Pejam mata insyaAllah, apabila tangan anda sudah tidak mampu menongkat kepala,anda pasti "terganggu" dengan insiden itu.InsyaAllah insiden itu akan membuat mata anda kembali membulat seperti mata kucing.Tambahan pula apabila anda membuka mata , kelihatan buku yang banyak menimbun tingginya seperti menara KLCC, anda pasti akan kembali bersemangat untuk meneruskan misi anda!

4) Belajar dengan aktif

Dengan kata lain elakkan membaca dengan menggunakan mata.Oh jadi nak baca guna apa? telinga? mulut? hidung? . Gunakanlah mata untuk melihat,mulut untuk membaca dengan kuat,tangan untuk memcatat atau menggariskan isi penting dan kaki untuk bagun sambil berjalan ketika anda dalam keadaan mood silent (hampir ingin melelapkan mata )InsyaAllah anda akan dapat mengatasi masalah mengantuk.

5) Berdoa

Berdoalah dan merayu kepada Allah agar anda diberikan tenaga dan semangat untuk belajar tanpa ganguan mengantuk.InsyaAllah,Allah pasti akan membantu anda dengan pelbagai cara.

Akhir coretan ifa pada kali ini, Ifa akan doakan sahabat-sahabat ifa di luar sana dapat mendalami ilmu Allah tanpa ada sebarang ganguan atau penghalang dari masalah mengantuk.Ifa tahu kita pasti boleh mengubahnya.Chaiyokk!!! Gambateh , syukranlakum kerana sudi mendengar celoteh saya pada warkah kali ini. SEKIAN DARI SAYA..Ma'Assalam wa ilaliqa ya sohabati ^^.