Selasa, 19 Julai 2011

HukUm BuLu kuCinG...

assalamualaikum..entry kali nieh ifa nk tulis pasal buLu kucing..
hehe..kawan2 ifa yg cute .. comel mesti ske kucingkan...
tapi kawan2 tau tak ape HUKUM BULU KUCING??

cUbe tgk kuCing nieh sgt Cute... <3

Menurut Mazhab Syafi'ie dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis.
Bukan setakat kucing,tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan jadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya, sama ada semasa hidupnya atau selepas mati. Namun menurut Hanafi dan Maliki, ia adalah suci.

BINATANG YANG TIDAK HALAL DIMAKAN DAGINGNYA

Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing,monyet,musang,dan sebagainya terpisah daripada badannya ketika binatang ini masih hidup, maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah mati. Demikianlah juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu dikira bangkai. (Mughni al-Muhtaj, kitab al-taharah, Bab al-Najasah, jil. 1 hlm 155)


HUBUNGANNYA DENGAN SOLAT

Menurut hukum syarak, syarat sah mengerjakan solat hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian, tubuh badan dan tempat sembahyang.
Oleh sebab itu, jika terdapat bulu binatang yang dihukumkan najis pada pakaian atau badan maka sembahyang itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis. Kecuali jika bulu najis itu sedikit, seperti sehelai atau dua helai, kerana ia dimaafkan. Melainkan bulu anjing atau babi kerana ia tetap najis walaupun hanya sedikit. ( Al-fiqh al-islami wa Adillatuh, jil 1 hlm. 175 )


wah...cm tuh kew bru ifa  tau...igt kn kuncing tuh kesayang Rasullulah tak pelah.. tp rupanya BULU KUCING tuh najis... ifa just sharing ngn kawan harap ianya bermakna dan syukran sbb sudi membaca :)

 cintailah Binatang kerana ianya juga makhluk Allah seperti kita :)

3 ulasan:

  1. Baru ana tahu bulu kucing itu najis..Terima kasih Cikgu!

    BalasPadam
  2. sama2 murid ku.. tak pew ilmu kiter share nt klu anta ade ilmu share2 lah.. selagi mne ia bermanfaat :)

    BalasPadam
  3. wah ! thank you arifah ! aku kene bejage2 before solat supaya takde bulu kucing mleket , da la aku suka tidur dengan kucing, haha

    BalasPadam