Khamis, 19 April 2012

Nilai sepasang kasut ^^.

Bismillahirahmanirahim...
Assalaamualaikum sahabat yang dikasihi
di harap semuanya sihat bawah naungan ilahi..

hari nieh tajuk entry ifa tentang 'Nilai sepasang kasut'
ifa yakin semua antara kita mesti ada pelbagai jenis kasutkan?
kasut kesayangan , kasut untuk jalan2 , kasut untuk bersukan ,
semua mengikut keselesaan masing2 

jadi entry kali ini berkisar tentang kasut kerana penulis sangat gemar mengumpul kasut..
ish..kalau jalan2 shopping tak boleh nampak kasut..
asal nampak je mesti jatuh hati ! aduh...
bahaya2..hehe but "save money first before you want something"
advice umi yang selalu bermain di cuping telinga yang cute nieh..


AKU SEPASANG KASUT. PROSES PEMBUATANKU BARU SAHAJA SELESAI.SEKARANG 
PERLU MENUNGGU UNTUK DIEDARKAN SAHAJA.KASUT BERJENAMA PERMINTAANNYA AGAK TINGGI WALAUPUN BERHARGA MAHAL.TETAPI ATAS DASAR ALAH MEMBELI MENENG MEMAKAI,MANUSIA RELA SAHAJA MEMBELI, PADA AKU,
SELAGI MEREKA MAMPU DAN TIDAK MEMBAZIR,TIDAK MENJADI MASALAH UNTUK MEMILIKI ^^.

Di sebabkan ifa pencinta kasut , jadi menurut hypotesis ifa...
pada kasut juga ada nilai2 murni yang boleh kita ikuti..
antaranya :

:: Merendah Hati ::



haa...kenapa ifa kater mcm tuh? agak2nya kenapa...
pernah tak sahabat2 lihat kasut dipakai di atas kepala?
Ataupun di buat perhiasan di bahu?
'pelik' sungguh kelakuaan sebegini..
Boleh sahaja kita menjuih bibir. Kalau pernah melihat sekalipun,pasti aksi itu dibuat oleh
mereka yang kurang sempurna akalnya.
Sahabat2 pernah terfikir, kasut tidak berlagak dan mahu berada di tempat yang paling atas.
Walaupun kasut sudah di hias, warnanya memikat dan ketahanannya tidak boleh disangkal lagi,
tetapi kasut masih berada di kaki.Adakah aku perlu bersedih kerana kedudukanku dipandang rendah?
Tidak! mengapa perlu aku rasa rendah diri walaupun orang lain memandangku rendah?
Aku berkemampuan untuk memberi manfaat kepada orang lain.Aku bangga dengan kualiti bahan pembuatanku.Tapakku juga lembut memberi keselesaan dan keselamatan pada si pemakai.
Darjat bukan di ukur berdasarkan pangkat dan pingat.Aku tidak perlu berasa merendah diri 
sehingga menyababkan aku tidak yakin diri untuk berbakti.Seharusnya aku memilih untuk jadi makhluk yang 
rendah hati.
Dengan rendah hati itulah menyebabkan tinggi harga diri.Semakin banyak ilmu dan nikmat yang di beri 
semakin tawaduk dan semakin jauh daripada besikap sombong dengan orang lain.
Aku melengkapkan sesuatu dengan berada di tempat paling bawah.Sekiranya ingin berasa cantik dan mahu berada di atas , maka bagaimana baju dan seluar boleh berperanan?
Tentu mencacatkan peranan manusia juga.Yang pasti apabila aku sentiasa mahu berada di atas ,
itu bermakna hatiku sakit.Aku hanya mahu dihormati dan disanjung tinggi oleh orang lain.
Sedangkan berada di atas bukanlah tempat yang terbaik untukku.Cukuplah berada di bawah tetapi
aku dapat digunakan oleh manusia.

:: Bersabar dan Bersyukur ::



Apabila berada di bawah, kita harus melihat orang lain yang lebih susah berbanding kita. 
Ya, aku sedar aku bukan yang paling bawah.Aku melihat pada si rumput,
kedudukannya lebih bawah berbanding kasut.Aku melihat pula pada mereka yang tidak mempunyai kasut kerana tidak mampu membeli, ataupun tidak boleh memakai kasut kerana tidak bekaki.
Maka,aku sudah pasti mengucap syukur yang panjang.
Bersyukur kerana aku makhluk betuan.Alhamdulilah
Aku tidak boleh mengatakan berada dibawah menunjukkan kesusahan padaku.
Berada di bawah boleh sahaja bermakna Allah sedang mengajar erti sabar dan syukur.
Bersyukur masih ada tempat di dunia. Hal ini kerana ada sahaja yang tidak mampu melihat dan memijak dunia berbanding aku.
Bersabar perlu dengan usaha. Bukan berserah diri kepada takdir semata-mata.
Dalam bersabar,tingkatkan kebolehan diri.Aku mahu menjadi kasut yang tahan lasak,
sesuai dengan kualiti dan kegunaanku untuk bersukan.
Itulah azamku.Hanya dengan azam dan keyakinan diri ini,orang lain akan memandang tinggi dan menghormati.


 :: Setia kawan ::



Aku juga sepasang kasut yang hidup berdua bersama. Tanpa kehadiran salah satu daripada kasut,
kasut yang sebelah tidak dapat diguna pakai. Ganjil jika ada manusia 
yang memakai kasut yang berlainan di kaki kanan dan kirinya.Semangat setia kawan ini juga
faktor yang menyatukan antara agama dan bangsa dalam sesebuah organisasi kecil,
mahupun yang besar.
Aku perlu bertolak ansur apabila ingin hidup bersama.Jika kasut sebelah diambil dahulu untuk di pakai, maka yang sebelah lagi tidak boleh bergaduh tentananya.Saling memahami diperlukan bagi menjalinkan
sikap setia kawan ini.Semangat setia kawan ini juga membawa manusia kembali kepada ajaran yang satu.
Islam membawa manusia kepada perdamaian tanpa mengetepikan hak.Benar sekali apabila
Allah mengingatkan tentang tidak sempurna iman seseorang jika dia belum mencintai saudaranya sama seperti dia mencintai dirinya sendiri.Atas dasar itu, barulah kebaikan yang berterusan boleh dibina.

sekian sahaja entry ifa pada kali ini..
di harap ianya bermanfaat buat semua sahabat2 ifa ^^.

Ma'Assalam wa ilaliqa ya sodikoti..

2 ulasan:

  1. salam mahabbah ya sodiqati, perkongsian yg menarik... nanti jgn lupa post hikmah d sebalik sebuah BEG atau TAS TANGAN ya...pandanglah setiap perkara dengan mata hati kn baru kita akn temui sesuatu d sblknya...^_^

    BalasPadam
  2. insyaAllah ukhti..setiap sesuatu yang ada di sekeliling kita pasti ada hikmahnya yang tersendiri..tatkala memandang objek fikirkan sesuatu nilai yang tersembunyi yang ada pada objek tersebut tetapi tewas untuk di laksanakan oleh manusia...ambillah pedoman darinya ^^. salam muhibbah salam sayang untuk sahabatku !

    BalasPadam