Selasa, 8 Mei 2012

Atasi MENGANTUK ketika BELAJAR

Bismillahirahmanirahim ,Assalamualaikum wbt,semua para pembaca yang budiman
sebagai pembuka bicara madah kita pada kali ini..
di harap anda semua sentiasa berada dalam keadaan sihat sentiasa di bawah naungan ilahi ^^.
suka untuk ifa berkongsi atau bercerita tentang satu fenomena yang ifa rasakan  ianya amat menghantui 
semua dari kalangan mereka yang berada di luar sana tak kira yang bergelar pelajar mahupun mahasiswa.

Ramai yang menyalahkan buku dengan mengatakan ia bosan.Ifa teringat suasana sewaktu di sekolah, dek kerana ifa adalah seorang pelajar yang kurang minat dalam mata pelajaran sejarah jadi waktu matapelajara inilah waktu yang ifa paling kerap ifa untuk tidur, atas alasan subjek ini BOSAN.Sahabat-sahabat jangan ikut perangai buruk ifa ini ya.Ada juga antara kita yang menyalahkan suasana bilik yang terlalu sejuk atau amat panas.Tidak kurang juga yang menuding jari pada guru,kononnya tidak bijak mencungkil minat untuk kita
belajar.Apa pun alasan sahabat-sahabat,masalah mengantuk ini mesti diatasi.Jika tidak,apa yang ditelaah pasti tidak diperoleh,sia-sia segala maklumat dan pasti kita tidak beroleh manfaat.


anda pernah berkelakuan seperti ini? HODOHNYA !!


Jadi sekarang ifa ingin mulakan dengan SEBAB utama anda MENGANTUK !

1) Makan terlalu banyak sebelum belajar

Betul, makan membekalkan tenaga.Tetapi makanan yang terlalu banyak bakal menghabiskan tenaga kita di otak dek kerana badan kita menumpukan kepada proses penghadaman makanan tersebut.Dengan kata lain,
andai sahabat-sahabat makan berlebihan sebelum belajar,minda anda tidak akan dapat bersedia untuk belajar dan ini akan menyebabkan anda mengantuk.Jadi makanlah sebelum lapar behenti sebelum kenyang.
Ambilah kuantiti makanan yang sedikit tetapi mencukupi untuk keperluan harian anda.

2) Tidur yang tidak cukup

Semua orang tahu tentang hal ini tetapi ramai yang tidak ambil peduli.Ramai antara kita yang suka belajar sehingga larut malam dengan alasan untuk belajar dengan penuh tekun dan fokus.Katanya suasana malam sepi dan tiada makhluk yang akan menganggu.Akhirnya apa yang terjadi pada hari esok? , hari esok menjadi huru hara.Mana tidaknya.solat subuh terlewat,terpaksa pula bergegas untuk bersiap ke sekolah/kuliah , suasana pagi yang tenang bertukar menjadi kelam kabut dan akhirnya hari anda bermula dengan perasaan negatif.Tekanan menghodohkan semangat juang anda.Tidak cukup dengan itu, apabila anda mula menghadap buku anda mulalah mengantuk!.

3) Tidur yang tidak cukup-cukup ( Terlebih tidur)

Fenomena ini agak pelik tetapi ramai antara kita yang terjebak dengan masalah ini.Asal ada masa terluang sahaja , mesti hendak tidur.Fenomena ini banyak berlaku pada mereka yang tinggal di asrama, tidak semestinya mereka yang tidak tinggal di asrama terkecuali.Kebiasaannya, mereka yang berada di asrama apabila pulang bercuti di rumah mereka pasti akan melazimi diri mereka dengan tidur, katanya kehidupan harian di asrama amat memenatkan dan meletihkan.Betul ke? tepuk dada tanya diri.Dan lebih syahdunya, apabila ada yang mengunakan alasan untuk 'khailulah' (tidur sebentar sebelum zohor).Malangnya dia berkhailulah senhingga sampai ke lewat Asar! . Ini menyebabkan kitaran waktu rehat dalam tubuh menjadi keliru.Akibatnya sahabat-sahabat akan mengantuk tanpa mengikut waktu, apatah lagi tatkala mata menghadap buku!

Baiklah sekarang kita sudah mengenal, punca utama mengapa kita mudah mengantuk.
sekarang mari ikut ifa kita selami bagaimana kaedah terbaik untuk mengatasi mengantuk ketika belajar.
Suka untuk ifa berkongsi beberapa tips dengan kalian semua.

1) Makan sekadar keperluan

Asalkan anda makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang, insyaAllah sunnah Nabi ini bakal membantu sahabat-sahabat memberikan fokus terbaik ketika belajar.Sebagai peringatan,jangan ambil ASAM atau JERUK menjadi peneman anda dalam memerangi mengantuk.Walaupun anda rasa kurang mengantuk dengan adanya asam atau jeruk,anda sebenarnya sedang mengurangkan juga kekuatan memori dan daya fikir anda!

2 ) Jaga masa tidur

Allah menciptakan tidur untuk anda merehatkan badan.Maka apabila sampai masa untuk tidur,tidurlah dengan selesa.Jangan terlebih ataupu terkurang.Pelajar yang cemerlang tidur 6 hingga 8 jam sehari.Usah bersengkang mata dengan alasan untuk belajar kerana waktu sebegitu , anda sebenarnya memerlukan rehat yang secukupnya untuk hari esok yang lebih positif dan bersemangat.Takut nanti anda bukan membaca buku ,tetapi sekadar melihat buku sahaja!

3)Tidur apabila terlalu mengantuk

Apabila anda mengantuk kerana terlalu kepenatan melakukan sesuatu , maka tidurlah sebelum anda duduk di meja studi.Cuma bagi yang mengantuk tanpa alasan yang kukuh,apa kata cuba kaedah ini.Anda tidur tapi tidak perlu untuk baring.Anda sekadar tidur menongkat dagu di meja studi.Pejam mata insyaAllah, apabila tangan anda sudah tidak mampu menongkat kepala,anda pasti "terganggu" dengan insiden itu.InsyaAllah insiden itu akan membuat mata anda kembali membulat seperti mata kucing.Tambahan pula apabila anda membuka mata , kelihatan buku yang banyak menimbun tingginya seperti menara KLCC, anda pasti akan kembali bersemangat untuk meneruskan misi anda!

4) Belajar dengan aktif

Dengan kata lain elakkan membaca dengan menggunakan mata.Oh jadi nak baca guna apa? telinga? mulut? hidung? . Gunakanlah mata untuk melihat,mulut untuk membaca dengan kuat,tangan untuk memcatat atau menggariskan isi penting dan kaki untuk bagun sambil berjalan ketika anda dalam keadaan mood silent (hampir ingin melelapkan mata )InsyaAllah anda akan dapat mengatasi masalah mengantuk.

5) Berdoa

Berdoalah dan merayu kepada Allah agar anda diberikan tenaga dan semangat untuk belajar tanpa ganguan mengantuk.InsyaAllah,Allah pasti akan membantu anda dengan pelbagai cara.

Akhir coretan ifa pada kali ini, Ifa akan doakan sahabat-sahabat ifa di luar sana dapat mendalami ilmu Allah tanpa ada sebarang ganguan atau penghalang dari masalah mengantuk.Ifa tahu kita pasti boleh mengubahnya.Chaiyokk!!! Gambateh , syukranlakum kerana sudi mendengar celoteh saya pada warkah kali ini. SEKIAN DARI SAYA..Ma'Assalam wa ilaliqa ya sohabati ^^.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan