Ahad, 31 Julai 2011

MaRhaban Ya Ramadhan :)

assalamualaikm antuna semua
di harap sume berada dalam keadaan sihat alhamdulilah
alhamdulilah kita hampir menjejakkan kaki ke bulan yang penuh baroqah iaitu bulan Ramadhan
jadikan Bulan ini satu bulan bagi kita untuk merapatkan diri dengan pencipta kita iaitu Allah subhanahu wataa'la
sebagai umat yang di pinjamkan nyawa oleh Allah jadi sebagai al-abdu(hamba) kita haruslah bersyukur kerana Allah
telah memilih kita sebagai KHALIFAH di muka bumi ini...Alhamdulilah

ya sOdiqati wa sodiqqi yang ifa sayangi sakalian..
mudah bagi kita untuk menyatakan sesuatu tetapi pada hakikatnya bukan mudah untuk kita melaksanakannya
sempena bulan kemapunan ini bulan yang penuh barOqah ini sama2 lah kita 
memperbanyakkan amalan2 sunat agar kita tampil sebagai seOrang mukmin yang kuat dan di redhai..
insyaAllah :)

yA sodiqqi wa sodiqati... cuba jadikan Ramadhan kali ini sebgai satu madrasah yang mendidik hati kita supaya menjadi insan yang SABAR dalam segenap segi...
supaya kita menjadi al-abdu yg rasa rugi bila melepaskan amalan2 sunat pada bulan yang mulia ini..
perbanyakkan bacaan al-Quran... cuba tetapkan satu TARGET pada tahun ini yang antuna ingin khatam al-Quran pada bulan yang mulia ini..
insyaAllah ..setiap apa yang kita niat kan untuk kebaikkan Allah balas sejajar dengan apa yang di niatkan :)
seperti mana dalam hadis imam an-nawawi dalam kitabnya




 




HADIS PERTAMA

Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya: " Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : - "Hanyasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya."


akhir kalam , asif atas segala salah silap selame antunna semua bergelar AL aS- diqa'ai..
sebagai manusia yang tak lari dari kehilafan ifa mintak maaf ya...
seMoga sahabat2 semua dapat menjalani ramadhan kali ini dengan sebaik mungkin ..
insyaAllah :)
ala kulihal syukran lakum .. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan