Isnin, 18 Julai 2011

tiP tUtuP aUrAt...

salam...
entry kali nieh ifa nak tulis pasal ape? bile cakap pasal aurat sume pikir?
aduh leceh kne tutup aurat nieh....tp as hamba Allah kita kne ikut syariat yang telah ditetapkan oleh islam

Menutup aurat adalah perintah Allah s.w.t. Anjuran ini hakikatnya turut melibatkan lelaki, namun perintahnya
amat kritikal ditekankan kepada wanita memandangkan lebih ramai wanita yang tidak menutup aurat berbanding lelaki. Tambahan pula fitnah wanita itu lebih besar.
Dibawah disertakan beberapa kaedah praktikal menjadi Muslimah yang perihatin dengan penampilan di hadapan ajnabi.

1) Tahu . Langakah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat,ciri-ciri pakaian yang menutup aurat,siapa mahram,siapa ajinabi,hukum hakam berkenaan aurat dan sebagainya.

2)Sedar bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh.Soal halal haram adalah perkara besar.

3) Syiar. Setiap agama ada imejnya.Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.


4) Fungsi cermin. Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, "Wahai cermin,adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?" jawapannya perlu berlandaskan ciri-ciri pakaian patuh syariat.

5)Asingkan pakaian kepada dua kriteria ; sesuai atau tidak sesuai dipakai dihadapan ajnabi .Pakaian yang seksi misalnya, masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian di dalam bilik atau di hadapan suami.

6)Malu. Wantia yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut,gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.

7)Bersahabat dengan wanita yang solehah boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang lain yang ingin berusaha mengubah penampilan kepada penampilan yang patuh kepada syariat.

8) Eksklusif. Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki.Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu  dan suaminya sahaja. Oleh sebab itu, usah dipertontonkan aurat perhiasan kepada umum secara percuma, jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.

9) Banyak manfaat. Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan lebih yakin dan selamat . Mereka tidak perlu risaukan mata liar yang memandang , tidak perlu ambil kisah gaya rambut, tidak perlu berhabis duit untuk aksesori itu dan ini.


hijab is nice <3


tiada cinta yang agung melainkan cinta Allah :)
islam itu indah berlandaskan syariat Allah :)

1 ulasan:

  1. yay ! aku suka post ni ! :D haiyya nahnu menutup aurat wahai muslimah sekalian :)

    BalasPadam