Ahad, 25 Mac 2012

Apa nasib ku di hari kemudian??

Hello dear..all my reader ^^.
Asif jiddan..dah lame rasenye tak update blog nieh...
rasenye dh berabuk bersawang sumelh..
ok hari nieh ifa nk tulis entry baru..

Title : Apa nasib ku di hari kemudian??
(tajuk die aduh...mesti teringin nk tau apa kan yg ifa nk share with you all )

al-kisah bermula begini..
"sedih ku melihat wajah tua..dgn kelihatan seribu kerutan di dahi...tiba2 terfikir di kotak minda ku..adakah aku akan di perlaku sebegini?? adakah nasib ku sebegini??"



bermain di mindaku sewaktu aku sedang berbual dgn ayah ku lebih mesra lgi gi panggil dgn panggilan "abah"

Kakyong : Kesian abah...tak pew abah jgn risau nt kakyong jge atok tlg tgk2kn atok klu abah g keje yer?
Abah : Tak pe kakyong, tak perlu kesian abah mmg abah kene jge atok sbb dulu time abah kecik2 atok smpi jatuh2...kaki kne mesin toreh getah sbb nk besarkn abah..nt klu abah dh tua kakyong jage abah ye?
Kakyong : aku senyap smbil berfikir dan lidah ku kelu utk berkata...

dalam kotak mindaku berfikir " alangkah besarnya pengorbanaan seoran bapa pada anakNYA :'( "
aduhai anak adakah kau merasa penderitaan ibubapaMU??
mereka tidak pernah mengeluh dalam membesarkanMU...
aku sedih tatkala melihat raut wajah atokku dan perilakunya seperti kanak2 yg inginkan perhatian..
aku cuba utk memahami dan melayanNYA...
ya..menjaga seorang tua mmg susah dan memerlukan tahap kesabaran yg tinggi..
tahniah pada anak2 yg di luar sana yg telah berjaya menjaga ibubapa mereka...
Mmg mudah utk katakan i love you "abah" i love you umi"
tp perlaksanaanNYA yg sebenar?
Duhai anak tatkala kau merasakan ianya payah..ianya susah..
lawan fikiranMU..dan peringatkan diriMU...
"dahulu sewaktu kau kecil ayah dan ibuMU menggunakan tulang empat keratnya demi untuk melihatMU
BAHAGIA & HIDUP SENANG.."
tp dimana kau tinggalkan mereka...
sayu hati ini...mereka hanya inginkan kasih syg seorang ank sepertimana kasih yg penah dicurahkan padaMU...

pegalaman ini banyak mengajarku erti hidup yg sebenar...
bukan MUDAH utk lakukan jika kita tak CUBA utk laksanakan...

Tips utk jage golongan yg berumur : 

1) Yang paling penting sematkan di dalam diriMU sifat SABAR
2) Anggap semua yg kita hadapi yg kita korbankan sebagai satu pengorbanan yg INDAH ^^.
3) Semai di dalam jiwa nilai KASIH SAYANG yang tinggi
4) Ikut keadaan dan persekitaran dalam melayan kerenah mereka.
5) Perlakukan mereka seperti KAWAN bukan LAWAN
6) Sentiasa memaafkan dan kurangkan ambil hati dalam perkara2 kecil (seperti mana kita thu bila umur meningkat kebiasaannya ada beberapa simtom yg tak dpt di elakkan seperti nyanyuk..jika ayahMU tidak igt namaMU dan memanggilMU dgn gelaran contohnya "gemuk" dan sebagainya, biarlah perkara ini berlalu seperti air dan jgn di masukkan kedalam hati kerana pada waktu ini mereka di fikiran separa sedar )
7) Jika  marah segera redakan dan jangan tunjukkan yg anda sedang marah "cuba kawal EMOSI"

ifa harap tips2 ini sedikit sebanyak membantu..betul kata kiasan " Hidup ini ibarat roda kekadang di atas di bawah di atas semula, redha dan syukuy atas kehendakNYA itulah tanda kasih syg kita "
mula Allah jdkan kita dari "nutfah-alaqah-mudgah-izam-tulang yg di baluti daging-dan di tiupkan roh)
lahirlah kita di BUMI sebagai khalifah
pada mulanya :
Bayi-kanak2-remaja-dewasa-tua dan kembali semula seperti bayi

jadi nasihat ifa pada anak2 di luar sana..
jagaLAH ibubapaMU...
kerana mereka dahulu penat lelah dalam membesarkanMU...
dan bersabarLAH dgn segala ujian yang ALLAH berikan padaMU..
dan anggapLAH ujian itu sebagai satu TARBIYYAH dari ALLAH untukMU...
dan percayaLAH ALLAH mengujiMU kerana dia SAYANG akanMU..
sesungguhNYA SABAR itu INDAH ^^.



sampai di sini sahaja perkongsian ifa..di harap reader2 sekalian dan mengambil ibarah dari apa yg ifa cuba nak smapaikan..akhir kata Ma a'ssalamah wa ilaliqa ya sodikoti ^___^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan