Rabu, 18 April 2012

( adikku sayang ) : jOm tackle hati adik

Bismillahhirrahmanirahim..
Assalamualaikum wbt ya habibati...
sudah lame ifa tak menulis entry kn?
knpe? mungkin sibuk<---ish3 tak baik bagi alasan...
insyaAllah dikesempatan ini ifa ingin berkongsi dengan sahabat molek ifa
entry kali ini bertajuk "adiku sayang"

wah tajukny..knape adik ku sayang pulak?
mesti sume tertanya2 kan?
ok...siapa ade adik kat sini angkat tangan?
siapa tak ade adik? turun tangan..hehe

ingatLAH duhai sahabat ifa, adik beradik adalah saudara kita yg terdekat..
so bergaduh adik beradik tuh lumrahkan? tp bak kata pepatah " air yang di cincang tak akan putus"
cuba try buat experiment kat rumah cincanglh air..boleh putus tak?
ok sekarang meh ikut ifa..cuba flashback kenangan lame kita dengan adik2 kita dulu..
alah time kecik2 dulu bestkn?
main masak2 untuk gegirl..hehe
main aci sorok , main kejar2 , main cop tiang..macamlah tiang tuh lari..
main apa lagi? "polis and three" <-- betul ke eja nieh?
tapi semakin kita dekat dengan era 2020 nie..
adik2 sekarang tak main dah permainan macam kita main dulu..
sekarang mereka lebih familiar dengan gajet2 (laptop , ipad , smart phone)
ialah zaman makin maju kan..

adik-adikku sayang ^^.

didiklah adikMU denga acuan Al-Quran

sepertimana yang ifa alami ifa yakin pasti kalian juga mengalami perkara yang sama kan?
setiap kita pasti berbeza...dan dalam ahli keluarga pasti ada perilaku yang berbeza..
kepelbagaian itu membuatkan ianya INDAH
bersabarlah dalam menangani adik2mu duhai sahabat..
jika ianya masih kecil usah di marahi tapi bukan bermaksud perlu di manjakan..
didiklah mereka dengan  didikan yang sebenar..
pasti kita yang bergelar kakak ataupun abang ingin melihat terpancar pada diri adiknya 
akhlak soleh dan solehah ? seorang manusia yang memanfaatkan ilmu.. bukan begitu?

Disini suka ifa untuk berkongsi dengan sahabat2 "TIPS TARIK HATI ADIK"
 harap ianya berguna untuk sahabat-sahabat semua.

1) ACUAN !

Tertanya-tanya mengapa acuan? Ya ACUAN itu sangat penting..kenapa ifa gunakan anologi acuan?
sahabat2 ifa, rajin masuk dapur tak? kalau kita nak buat kuih guna acuan kan?
tapi pernah terfikir tak ? kita mahukan kuih yang cantik tapi kita tak nak mengunakan acuan..
jadi hasilnya kita dapat tak kuih yang cantek molek tuh?
tak dapat kan ? :(
jadi begitu juga dengan adik kita...adik2 kita ibarat kuih2 tadi dan kita adalah acuannya..
jadi as abang dan kakak tunjuklah perilaku yang baik pada adik2
kerana mereka akan mengikut apa yang abang dan kakak mereka lakukan..
untuk anak pertama "kaklong" " abang long" ini lagi berat kerana anda merupakan inspirasi pada adik2
terus berjuang agar acuan anda nampak molek !

2 ) Adik degil macam mana?

wah adik degil..mesti runsing bagi sesiapa yang mempunyai adik yang degil atau nakalkan?
pertama ifa ingin katakan pada kakak2 dan abang2 yang berada di luar sana..
jika adik anda degil BERSABARLAH dan jangan cepat marah ataupun mengeluarkan kata2 yang tak sepatutnya... be cool and calm ok !...tak moh lah kata, contohnya " kenapa JAHAT sangat nie?"
jaga percakapan anda kerana ianya adalah doa...
sebaik2nya doakanlah untuk mereka dengan kata2 yang baik2
konsep ini sama juga untuk ibubapa di luar sana dalam menangani anak2
untuk lembutkan hati anak2 yang nakal..
bacalah surah taha ayat 1-6

طه
1. Ta Ha
مَآ أَنَزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْءَانَ لِتَشْقَى
2. Kami tidak menurunkan Al-Quran   kepadamu (Muhammad) agar engkau menjadi susah ;
إِلاَّ تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَى
3. Melainkan sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
تَنزِيلاً مِّمَّنْ خَلَق الاٌّرْضَ وَالسَّمَـوَتِ الْعُلَى
4. diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi,
الرَّحْمَـنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
5. (iaitu) Yang Maha Pengasih , yang bersemayam di atas Arsy
لَهُ مَا فِي السَّمَـوَتِ وَمَا فِي الاٌّرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَمَا تَحْتَ الثَّرَى
6. Milik-Nyalah apa yang ada di langit , apa yang ada di bumi , apa yang ada di antara keduanya, dan apa yang ada di bawah tanah.


Amalkan potongan ayat dari surah ini insyaAllah ma'qudratillah ianya boleh di tangani ^^.

3. Kalau adik MALAS belajar,Apa yang perlu kita lakukan?


Duhai sahabat di bawah naungan ilahi...insyaAllah setiap masalah pasti ada jalan keluarnya..bila berbicara soal malas atau tak minat?berbalik pada puncanya mengapa mereka berkelakuan sebegitu?adakah kerana acuannya?mudah sahaja jalan penyelesaiannya..bagi mereka yang mempunya adik2 yang mencecah umur 4, 5 , 6 tahunlazimi mereka dengan buku2 ilmiah berbentuk bahan bacaan..bahan bacaan yang menarik " mempunyai warna2"  atau gambar2 kartun yang menarik..kerana mereka pasti tertarik dengan pendekatan sebegini...guna pendekatan yang lebih menarik dengan melabelkan mainan mereka dengan perkataan, contohnya 'kereta' 'periuk' atau sebagainya..jadi sambil mereka bermain mereka belajar..tarik hati mereka dan selalu memberi pesanan atau nasihat yang lembut pada mereka insyaAllah mereka mengerti..kerana kanak2 bak kain putih dan kitalah yang bertanggaungjawab membentuk mereka..


suka untuk ifa kongsikan bahan bacaan yang telah dibaca berkenaan dengan seorang ayah dan anaknyalatar belakang seorang ayah adalah seorang penceramah dan uminya seorang doktor..pada suatu hari , si ayah terpaksa membawa anaknya ke tempat kerja kerana masalah yang tak dapat dielakkan...jadi si ayah membawa anaknya dan sewaktu beliau sedang memberi ceramah berlaku dialog antara mereka :


ayah : Sampai bila umat islam perlu berada dalam keBODOHAN ini? ( ayahnya sedang memberi ceramah pada hadirin )tiba2 si anak menarik2 baju ayahnya anak : Abi2...bukan ke abi ajar abang tak baik cakap BODOH kenapa abi cakap BODOH?


si ayah tersenyum mendengar teguran dari anaknya, dan semua hadirin turut tersenyum melihat kelatah anak kecil itu.




haa...cuba sahabat2 lihat anak kecil pun mengerti...ini kerana ayahnya selalu menasihatinya agar tidak
mengunakan kata2 kesat2...see anak kecil pasti mengerti jika diberi tahu dan di ajar dengan cara yang lembut.


4. Cara Belajar untuk adik lebih MENARIK !


ok...tadi ifa bg sikit tips untuk ajar adik2 tp untuk adik2 yang kecik2..
sekarang untuk adik besar2 pulak...
dulu masa darjah 6 ifa ada sertai MOTIVASI ALIRAN PELAJAR atau lebih familiar lagi dengan MAP
motivatornya TENGKU ISMADI...
First bangkitkan semangat adik2 untuk terus berusaha..
katakan pada mereka 'kesan malas belajar'
kenapa kita harus belajar?
Amanah dari ibubapa yang harus di pikul....

Second : Tetapkan jadual untuk menonton television atau melayari internet ^^.
yang ini, perlukan sokongan padu pada anda sendiri...
turut serta bersama mereka sewaktu mereka belajar...
dan jangan lakukan ia sambil lewa..
bantu mereka dalam menagani kerja sekolah..
atau soalan yang mereka anggap sukar..
jika ianya perlu penerangan dari anda bantulah mereka..

Third : Lakukan konsep mind map atau pun peta minda
ianya sangat menarik...pertama baca tajuk sepintas lalu dan cari isi penting di dalamnya
kemudian lakukan awan pertama beserta dgn cabang2nya...
setiap cabang mempunyai warna yang berbeza..
pembelajaran adik2 pasti akan jadi lebih menarik
teknik belajar ini juga sesuai untuk sahabat2 ifa ^^.
try ya ! bittauffiq wannajah




Fourth : Cara pembelajaran menggunakan flash card..
penah dengar pasal flash card? tau mcm mne nak laksanakan?
ianya mudah dan mebuat kaedah pembelajaran adik2 kita lebih menarik..
anda memerlukan card yang dipotong kecil , penebuk lubang , soalan beserta jawapan dan rings


inilah ukuran flash card tuh nak nampak lebih menarik gunakanlah warna yang pelbagai

seterusnya, anda tuliskan soalan di muka hadapan card ini contohnya ' Berapakah negeri yang terdapat di Malaysia' kemudian di belakang falsh card ini sertakan jawapannya contohnya 14 buah negeri.
ulang perkara di atas dengan soalan yang berikutnya...
apabila sudah soalan sudah siap di tulis..
kemudian buat lubang pada hujung card anda..
dan masukkan rings pada lubang tersebut dan flash card untuk adik kesayangan anda siap..
dan ianya boleh di bawa kemana2 kerana saiznya yang kecil ^^.
kaedah ini sangat berkesan untuk menghafal dan menguji minda !

macam mana sahabat2 , ifa harap pada artikel kali ini sedikit sebanyak ianya membantu sahabat2
ifa yang bergelar abang dan kakak..
duhai sahabat ku jangan berputus asa dalam mendidik..
dan yakinlah dengan bantuan Allah..

syukran jazilan sudi baca entry kali ini :)

ma'Assalam wailaliqa ya sohabati 




4 ulasan:

  1. tips ni bukn jew utk adek yg comey .. tpi gak utk kakak and abang2 yg still study ag .. :p kamsahamida~

    BalasPadam
  2. tips yg menarik utk kita dan adik2 tercinta kita... syukran jazilan ya...^_^

    BalasPadam
  3. wah,menarik..macam mane utk kak ngah pulak?^__^arifah,kanak2 memang perlu tarik hati mereka kalo marah je minda diorg akan malap macam satu citer ni>>>ada sebuah tadika yg seorg gurunya geram kpd anak muridnya kerna bising.Lalu siguru ni pon memadamkan lampu didalam kelas kerna beranggapan murid akn senyap.Memang "AGAK BERKESAN" tapi seketika saje n kalo hari2 minda kanak-kanak akan lose..BAHAYA BUKAN?yg pasty kanak2 ari ni bkn mcm kter dlu2 bole kne marah tp skrang pendekatan psikologi lebeh penting..yg nakal beri perhatian lebeh sket walopon agak payah^_^warna n psikologi important for this time utk alittle caliph.

    BalasPadam
  4. ya tips ini sesuai untuk semua peringkat umur ^^. cubalah harap ianya membantu ! Aina ini untuk semua abg dan kakak tiada pengkhususan yang spesifik...stuju dgn Ainaa kanak-kanak perlukan perhatiaan yang lebih...jd konsep memarahi mereka pada masa kini kurang berkesan gunakanlah pendekatan lain yang lebih effactive ^^. BERSABARLAH dalam menangani kanak2

    BalasPadam