Khamis, 19 April 2012

Memoriku Bersamanya :'(

Bismillahirahmanirahim..segala pujia bagi Allah yang telah menghidupkan dan mematikan
semua yang ada di dunia ini ^^.
Assalamualaikum ya akhi wa ukhti <--- tetibe teringat lagu 'opick' best2
sahabat2 dah ucap Alhamdulilah tanda syukur padaNYA
kerana telah memberi kita celik untuk melihat dunia dan menghirup udara segar 
yang tak perlu di bayar ! Oksigen FREE jew...
Alhamdulilah 

tajuk entry pada kali ini adalah..
'Memoriku bersamanya'
kenapa memori? kenapa bersama?
someone special ke?
mesti bermain di minda sahabat2 ifa..apa yep ifa nak cerita...

suka untuk penulis berkongsi..
apabila melihat Batu nisan 'memori dahulu pasti kembali'
ianya bagai sesuatu yang seketika..
ianya bagai sesuatu yang tak di duga dan sesuatu yang di rahsiakan dan tak di ketahui
peristiwa ini sudah genap hampir 5 tahun
Ajal maut hanya di tangan Allah
kenapa harus di tangisi yang telah tiada? kenapa mesti kita menangis kerana mereka pergi?
mereka telah pergi dengan cara mereka...bagaimana kita yang masih hidup? adakah sama seperti 
mereka atau lebih teruk dari mereka?


bila flash back kenangan lalu...
ianya pasti terpahat di hati
kenangan bersamanya tak akan ku lupakan kerana dia adalah atok yang memahami
dan seorang atok yang cute bila buat lawak meskipun wajahnya yang garang
kerana dia adalah seorang polis pada suatu ketika dahulu..
rindu arwah atok saya..
beliau telah kembali kerahmatullah pada 5.1.2008 bersamaan hari sabtu..
ianya amat mengejutkan seisi keluarga kerana dia masih sihat..
hari terakhir saya bertemunya sewaktu saya melawat kampung sebelum saya pulang ke asrama..
dek kerana sekolah saya lalu jalan ke kampung jadi singgah lah seketika..
masih terngiyang-ngiyang di telinga pesanan darinya..

atok : 'ira tahun nieh PMR kan? belajar rajin ya...sambil mencuit atas kepalaku dan tudungku menjadi senget
penulis : baik tok...ish habis senget tudung ira
atok : lah dah comel dah kalau senget lagi comel ( sambil tetawa kearahku )

ya dia adalah seorang atok yang sangat sporting bagiku..
kalau nak tahu saya sangat rapat dengannya
kenapa rapat? kan ada bepuluh2 cucu asal rapat dgn saya?
hehe kerana saya merupakan cucu pertamanya...

saya masih ingat lagi sewaktu kecilku..
saya adalah seorang kanak2 yang lincah..
kejar sana kejar sini..
cakap sana cakap sini..entah orang paham ke tak apa saya cakap..
haaa...nak di jadikan cerita...
peristiwa nieh sangat lawak...
ianya bermula begini..
tak silap saya masa tuh menjelang musim perayaan..
jadi pasti semua busy nak cat rumah , tukar sofa baru dan sebagainya..
nak di jadikan cerita sewaktu arwah atok saya sedang mengecat dinding rumah..
pada waktu itu dia sedang memanjat tangga...
Ya Allah kecik2 saya nakal tau...
nak tau saya buat apa?
saya gegar tangga yang atok saya tengah panjat tuh..
kejam tak saya?
upsss...waktu tuh saya tak tahu apa yang terjadi kalau saya gegar tangga tuh...
saja nak buat experiment..
lepas tuh...huh nasib baik atok saya tak jatuh...
atok saya turun tangga lalu kejar saya...
aduh...penat lari laju jugak atok saya kejar...
tapi speed kanak2 lagi laju dari orang berumur..
saya pun berfikir...ish nak sorok kat mana nieh?
akal kanak2 pada masa itu...hati saya kuat mengatakan sorok dalam bilik mesti atok tak jumpe..
saya pun pantas membuka dedaun pintu bilik dan pantas tangganku menutupnya kembali..
huhu selamat....kemudian kepalaku patas berfikir..
kalau letak bantal banyak2 mesti pintu tak boleh bukak...
saya pun mengangkat bantal2 yang berat tuh dan meletakkannya di atas meja kecil..
kemudian meja itu dijadikan penghadang pada pintu..
beberapa minit kemudian kedengaran tapak kaki big foot di luar..
saya terus menekup mulut....
bepeluh2 sebab ketakutan...
pada masa itu dengan sekali tolak atok saya berjaya membuka pintu bilik itu...
habis bantal2 semua menimpa saya..
aduh..malang sungguh..
lalu atokku tertawa dan mengangkatku...
ingatkan nak marah rupanya tak...huh lega

dek kerana saya seorang kanak2 yang lincah...
aduh...kasihan atok saya...atok saya merupakan imam masjid di kampung..
jadi hari2 pasti destinasinya sama..
saya pula asyik nak mengikut pulak...
kalau dah ikut tahu duduk diam tak pew..
nieh tak saya lari sana lari sini..
ada ke kat masjid main cop tiang..
aduuh...gawat nieh...

kalau di fikirkan banyak lagi memori antara kami...
pada hujung minggu kebiasaannya atok dan nenek pasti mengajakku untuk turut serta ke pasar..
nanti pasti atok akan membelikan subang , getah rambut , cekak..
huhu....atokku paling pantang kalau tengok rambut serabai...
dialah yang selalu menyisir dan mengikat rambut ku...
sweet tak atok saya?

dahulu sewaktu saya menjejakan kaki ke asrama...
atok tak ketinggalan untuk menghantarku..
sewaktu saya berada di tingkatan satu..
atoklah yang akan menjemputku jika pada waktu itu saya pulang bermalam..
pasti destinasi pertamaku ialah kampungku..
keesokkannya baru saya pulang ke rumah.

bila terkenang kenangan bersamanya pasti air mata membasahi pipiku...
usah di tangisi mereka yang telah pergi..
iringilah ia dengan doa darimu..

gambar arwah atok saya bersama nenek saya..

Mari sedekahkan Al-Fatihah

'Yang HIDUP semua pasti akan merasai MATI'
persiapkanlah diriMU untuk kembali ke pangkuaan ilahi..

syukran sudi baca sahabat2ku

Ma'Assalam wa ilaliqa ^^.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan