Rabu, 28 Mac 2012

Peringatan di sebalik 5 JARI

Bismillahhirrahmanirahim..
dengan nama Allah yang maha pengasih lagi penyayang..
Assalamualaikum reader2 sekalian...
khaifahalukunna?
ifa harap semuanya sihat sentiasa, di bawah naungan ilahi ^^.

haa...hari ini ifa nak share dgn kalian tentang 5 jari kita!
cuba sahabat2 tgk jari sahabat..
subahanaAllah...indahnya ciptaan Allah...jari2 kita saiznya berbeza ada yang panjang ada yang pendek..kan2?
Allah sebaik2 pencipta...cuba kalian lihat cap jari kita semua berbeza2 kan? ^^.
"Allah adalah sebaik2 pencipta"
dengan adanya lima jari juga meperingatkan kita pada pensyariaatan solat 5 waktu..wah azzim :)

 

indah sungguh ciptaan Allah..
ucapkanlah Alhamdulilah ^^.

 :: PERINGATAN DI SEBALIK 5 JARI ::


MANUSIA DICIPTA OLEH ALLAH S.W.T MEMPUNYAI 5 JARI TANGAN KANAN 
DAN 5 JARI DI TANGAN KIRI. JIKA DIAMATI DAN DIFIKIRKAN DENGAN AKAL YANG
DI PINJAMKAN OLEH ALLAH KEPADA KITA, KITA AKAN MENDAPATI DI SEBALIK 
5 JARI INI ADA TERSIMPAN PERINGATAN UNTUK KITA. JOM SAMA2 IKUT IFA KITA TENGOK APA YE PERINGATAN TU?? 

ok sahabat2 semua letak tangan kanan sahabat2 di atas meja ^^.
kemudian perhatikan jari sahabat2 yang cantek + comel tuh ya..

:: ok kita MULA ::

JARI IBU :

Jari yang besar dan pendek.Lambang kematangan dan kehebatan,juga simbolik kepada orang 
yang banyak pengalaman sehingga boleh dijadikan sebagai pakar rujuk.Peringatan untuk kita supaya menjadi manusia yang berguna dan membimbing masyarakat sekeliling ke arah jalan yang benar-iaitu agama 
Allah s.w.t.

haa...so kita semua adalah khalifah allah "so salah la title hanya ustz& ustzh sahaja tugasnya untuk menyebarkan dakwah"  sahabat2 semua kerja dakwah itu adalah tanggungjawab semua muslim..
jd ayoh...kita sama2 sebarkan dakwah ^^.



JARI TELUNJUK :

Jari yang 'mengungkap'satu keEsaan Allah s.w.t. ketika solat.Jari melambangkan ketokohan sebagai penunjuk dan menjadi contoh teladan kepada yang melihatnya.Ingatan kepada kita supaya sentiasa
tertunjuk ke arah jalan yang benar tanpa berselindung di sebalik maksiat.





JARI HANTU :

Jari yang paling panjang.Zaman remaja ditinggalkan dan alam dewasa menjengah.Pada peringkat ini - sekitar   
30-an ke atas-kehidupan telah stabil.Tetapi patut diingatkan bahawa keadaan yang stabil inilah bermulanya 'hantu-hantu' yang cuba mengacau.Hantu hasad,hatu ego,hantu tamak,dan pelbagai hantu yang samseng. Di sinilah banyak diuji-untuk menghindarinya,gandakan amal ibadat.


JARI MANIS :

Manisnya jari ini apabila tersarung sebentuk cincin. Ini melambangkan kehidupan manusia apabila 
masuk ke alam remaja.Di sebalik kemanisannya, tersimpan cabaran dan duggaan.Juga telah dipertanggungjawabkan segala amalan wajib.Ketika ini di peringatkan kepada kita untuk 'amal makruf nahi mungkar' dengan sebenar-benarnya.



JARI KELINGKING :

Kecil dan kerdil.Lambang seorang manusia yang bermula daripada kecil.Saat ini mengingatkan kita pada usia kanak-kanak yang mentah yang perlu dibimbing.Bagai kata pepatah, 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.



haa...itulah antara 5 peringatan yang terdapat pada jari kita..
sambil duduk2 tuh renunglh semua peringatan itu ya sahabat2..

sampai di sini sahaja karya ku pada kali ini
alakulihal ma' Assalam wa ilaliqa

syukran sebab sudi membaca ^^.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan