Khamis, 29 Mac 2012

PENAWAR penyakit POPULAR MASA KINI !

Bismillahhirrahmanirahim...
dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang..
Assalamualaikum reader2 sekalian...
sahabat2 yang budiman...

enty hari ini bertajuk " PENAWAR penyakit POPULAR MASA KINI ! "

ehh..mesti bermain di minda sahabat2 ifa nieh..ehh penyakit apa yg ifa katakan nieh ya..
haa..penyakit nieh sangatlah berbahaya kalau tak cepat dibendung..
nak tau penyakit apa??? Penyakit MALAS..
upss ifa pasti semua di kalangan kita pasti ada penyakit nieh kan?
urmm penyakit nieh datang tanpa di undang..
kekadang kita rajin pastu malas..orang tua2 kate "hangat2 tahi ayam"
ererer..ish3 tak moh la malas2 nieh yep..


ok sahabat2 ifa sifat MALAS ini puncanya pada diri kita sendiri tau..
sahabat2 nak ubatnya?? meh ikut cakap ifa ya..
tp janji? ubat nieh mujarab untuk siapa2 yang mempunyai keazaman yg tinggi
serta diringi DOA dariNYA ^^.

KITA SEDAR KITA MALAS 
SEKARANG MASA UNTUK KITA 
ATASI KEMALASAN !



ayuhh....

Perkara utama di sini suka ifa katakan, sahabat2 perlu ubah 'mind setting' sahabat2 ke arah yang positif.
Sedar atau tidak selama ini anda malas kerana anda PILIH untuk malas.Dan selama ini,orang lain mampu rajin kerana mereka PILIH untuk rajin.Anda tidak dilahirkan sebagai pemalas kerana anda ini rajin orangnya.Buktinya nk tahu?? Anda rajin kemaskini Facebook anda tanpa gagal. Haa..betul tak?? Anda rajin bersembang dengan kawan tentang seseorang.Uishh..rajin tuh..kan2?. Anda rajin main 'games' hingga lupa makan dan minum. Main apatuh DOTA? Counter Strike? mcm2 jenis game lgilah..Anda juga rajin menonton televisyen meskipun azan berkumandang. Maknanya di sini mengikut hipotesis ifa, anda semua boleh menjadi rajin dan sudah terbukti yang anda BOLEH. "hendak seribu daya tak nak seribu dalih"
Maka sahabat2 pilihlah untuk RAJIN dengan belajar bersungguh-sungguh, menyiapkan tugasan kursus, melaksanakan perkara yang diputuskan dalam mesyuarat atau apa sahaja yg bermanfaat.

Menjalankan satu MISI penting



Setiap perkara perlu ada misi untuk berubah.Caranya, ambil sebatang pen dan sehelai kertas tuliskan perkara yang pertama yakni : 'mengapa' atau 'Apa' kesan baik misi tersebut terlaksana? Tulis sebanyak mungkin.Kemudian tulis pula di bawahnya 'Apa kesan buruk jika misi ini tidak siap atau lewat disempurnakan? Tulis lagi sebanyak mungkin. Seterusnya anda letakkan di dinding bilik atau tempat yang anda akan sering melihatnya.Hasilnya, anda telah melakukan 3 KAEDAH motivasi diri yang berkesan.ehh..macam 'pakar motivasi pulak raseny' hehe dush3 perasan<--- 
PERTAMA,anda telah berjaya mewujudkan 'faktor menarik' (pull) yang bakal menarik anda untuk berusaha menyelesaikan misi.KEDUA, anda telah berjaya menghasilkan 'fajtor menolak' (push) yang bakal menolak anda kehadapan bagi memastikan misi mesti dilaksanakan.KETIGA, dengan melekatkannya di tempat yang selalu dilihat mata, anda akan memudahkan minda separa sedar menyerap mesej terus kehati.Tubuh badan anda akan lebih mudah untuk tunduk kepada kehendak iman yang mahukan amanah dipegang, ditunaikan segera.Seterusnya, anda malas kerana minda anda sebenarnya serabut.Serabut dengan masalah2 kecil yang akhirnya berkumpul menjadi 'GIANT' . Kebiasaannya minda kita serabut apabila melihat keadaan  yang serabut.
Contohnya , bilik kerja atau meja belajar yang bersepah.Buku2 yang berselerak , terdapat kesan minuman semalam yang belum berbasuh , pembaris patah , tisu bergumpal , alas meja senget . Semua ini adalah punca yang menyebabkan minda anda serabut. Akhirnya misi gagal dilaksanakan dek kerana sifat MALAS sudah pun BERMAHARAJALELA !



semua PENYAKIT ada UBAT jadi malas pun ada ubat 


Yok lakukan perubahan..

Cuba lakukan begini : luangkan masa 10-15 minit  sebelum berehat untuk mengemas meja anda. Usah fikr tentang study semasa itu.Ya, hanya sekadar mengemas.Kemudian pergilah berehat dan bersantai.Setelah beberapa ketika,cuba anda lihat ke arah meja anda.Kemas dan teratur.Minda anda pasti tak berserabut.Dan insyaAllah, kemalasan pasti luput ! ^___^  Anda mampu untuk memulakan langkah pertama melaksanakan misi.
Kaedah yang seterusnya.Anda pernah menaiki kereta api?? Perasan atau tidak kereta api pada mulanya bergerak perlahan.Kemudian kelajuannya meningkat dan terus meningkat sehinggalah satu tahap kereta api ini terus meluncur laju ke destinasi.Kita juga sama sifatnya dengan kerata api.
Pada peringkat permulaan mungkin menjadi beban kepada kita. Jadi gunalah 'Teknik 7 minit pertama'
penah dengar tak teknik nieh??? Teknik ini memerlukan anda memasang niat dan azam yang cukup tinggi untuk melakukan yang terbaik dalam tempoh 7 minit pertama. Janji dengan sesungguh hati yang anda akan fokus sefokus- fokusnya, minat seminat-minatnya,rajin serajin-rajinnya dalam melaksanakan misi tersebut !
Ya, janji dengan diri sendiri.
Tunaikan janji tersebut dan kemudian tengoklah hasilnya.Kereta api sudah berjalan kehadapan , momentum telah pun terhasil, tenaga sudah pun meletus, dan sekarang masanya untuk memecut laju ke matlamat yang di tuju.Sedar tidak sedar anda sedah pun mula,sedang dan akan terus melaksanakan misi dengan penuh semangat ! Sifat malas HILANG sifat rajin DATANG !

jadi sahabat2 ayuh mulakan perjuangan menentang malas ini dengan senjata yang terbaik iaitu DOA. Berdoalah kepada ALLAH agar di hapuskan sifat malas yang bertandang dan memohonlah kepada Yang 
Maha Perkasa  agar segala misi terlaksana dengan jayanya.
Sesuaikan tip2 ini dalam 'Detik Hati' sahabat2 dan kehidupanMU..
Pasti ia boleh melonjakkan produktiviti sahabat2 sebagai muslim yang efensi dan mantop.
ifa percaya sahabat2 ifa pasti mampu melakukannya !

"INGAT MALAS ITU PENYAKIT DAN SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MATI"


"KERETA API SUDAH BERJALAN KE DEPAN,
MOMENTUM TELAH PUN TERHASIL,TENAGA SUDAH PUN MELETUS,
DAN SEKARANG MASANYA UNTUK MEMECUT LAJU
KE MATLAMAT YANG DITUJU"

ayuh sahabat2..tinggalkan sifat malas renew dgn sifat rajin..
ifa doakan semua sahabat2 ifa berjaya menangani sifat malas dan
berjaya di dunia dan di akhirat
insyaAllah..
bittaufiq wannajah ^__^

alaqulihal ma' Assalam wa ilaliqa

syukran jazilan sudi membaca entry kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan