Bismillahirahmanirahim..
dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang ^^.
Assalamualaikum semua..
kaifaha lakunna?
ifa harap semuanya sihat dan ceria di samping keluarga tercinta
kali ini ifa ingin membawa sume sahabat2 menghayati
apa yang ada di sebalik "sebatang pokok"
Anologi yang ingin ifa bawa pada kali ini adalah berkaitan dengan As sabru (iaitu sabar)
ok mari ikut ifa kita menyelami pokok ya...
sahabat2 tahu pokok bermula daripada apa?
pokok yang besar sebelumnya adalah anak pokok yang kecil
anak pokok asalnya daripada biji benih.
Anak pokok memerlukan ketahanan yang tinggi .
Ketika ini, panahan cahaya matahari dirasakan begitu panas.
Sama ada dapat meneruskan hidup ataupun mati..
semuanya bergantung pada anak pokok.
wah...sahabat2 hebat kan anak pokok bertahan dengan panas terik, ribut, badai dan sebagainya..
ini kerana keSABARAN yang tinggi yang ada pada anak pokok ^__^
Sahabat-sahabat yang ifa sayangi manusia juga begitu ^^.
jika terlalu mudah mengatakan 'saya mengalah' maka bagaimana
kesenangan selepas kesusahan itu dapat dipraktikkan? Ingat, kejayaan tidak datang bergolek
ia perlukan usaha dan komitmen yang tinggi dari ANDA !
tadi kita dah lihat benih pokok (anak pokok)
sekarang meh ikut ifa selami apa yang ada pada DAHAN POKOK
Dahan Pokok tumbuh sedikit demi sedikit. Tidak terlalu awal walaupun tegesa-gesa.
Apabila pokok memperoleh cukup cahaya, udara dan air, dahan pokok akan mulai membesar
sedikit demi sedikit. Mari kita sama-sama belajar dari dahan pokok.
Sekiranya masih muda, dan tanggungjawab yang utama adalah BELAJAR dan
menggembirakan IBUBAPA , maka SABAR dan belajar dahulu sehingga berjaya.
Jangan tergesa-gesa ingin berCINTA dan berPASANGAN pula ya!
Allah tidak suka perbuatan yang tergesa-gesa dalam sesuatu perkara..
kerana itu Allah mengajar kita beransur-ansur ( seperti proses penurunan Al-Quran)
proses kejadian manusia juga tidak tergesa-gesa dan mengikuti kitarannya..
jadi JANGANLAH kita tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu.
Sekarang mari ikut ifa kita turun ke bawah pula ya..
kali ini kita lihat apa yang ada pada bahagian akar pula ^^.
Akar Pokok??
Walaupun tidak kelihatan kerana di timbus dengan tanah, tetapi ia menjadi
bahagian yang paling utama pada sebatang pokok.
Ia ibarat akidah dan kepercayaan yang menjadi asas dalam diri manusia.
Perasaan marah dan tidak sabar berpunca dari hati.
Bahagian dalam ini yang perlu di jaga.
Barulah marah boleh dikawal jika berhadapan dengan situasi tersebut.Hati sejahtera <3 marah tiada !
Banyakkan mengigati Allah dan mengisafi kejadian diri supaya hati lebih baik.
Kita beralih kepada BUAH yang berada di atas pokok..
Siapa yang tidak suka jika deberi sesuatu yang baik?
Tetapi bagaimana kita mahu memberi sekiranya kita dikhianati atau di kasari?
Mari belajar daripada buah ya sahabat-sahabat.
Walaupun dibaling batu ataupun dijolok untuk mendapatkan buahnya,
tetapi pokok sentiasa memberi buah kepada orang lain.
'Sentiasalah memberi yang terbaik walaupun pada hakikatnya kita tidak mendapat yang baik
dan percayalah Allah pasti akan menetapkan yang terbaik untukMU ^_^ '
Lukman al-Hakim ada menasihatkan anaknya dengan pesanan berikut :
"Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang.
Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah
kejahatan yang kamu lakukan pada orang lain."
syukran kerana sudi membaca
Ma' Assalam wa ilaliqa ^_^